Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Polis Tawau tahan 4 suspek pengedar bersama 3058.05g Syabu
Published on: Tuesday, January 28, 2025
Published on: Tue, Jan 28, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Polis Tawau tahan 4 suspek pengedar bersama 3058.05g Syabu
Polis Tawau menunjukkan Syabu yang dirampas dalam dua tangkapan berasingan minggu lepas. (Gambar: Harian Ekspres/Lagatah Toyos)
TAWAU: Empat lelaki suspek pengedar dadah diberkas polis bersama sejumlah 3,058.05 gram Syabu bernilai RM180,000 dalam dua serbuan berasingan di daerah ini minggu lepas.

Ketua polis daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin, berkata dua daripada suspek berusia di antara 28 hingga 41 tahun itu merupakan warga tempatan, manakala dua lagi rakyat asing.

Advertisement
Menurutnya, dua suspek pertama diberkas dalam serbuan sebuah rumah di Jalan Kuhara sekitar jam 5 petang pada 19 Januari lalu yang membawa kepada rampasan 2039.64 gram dadah bernilai RM120,000.

Manakala hasil soal siasat terhadap suspek tersebut, dua lagi rakan sejenayah mereka yang dipercayai sedang menghala ke Tawau dari Lahad Datu berjaya ditangkap jam 12.10 pagi pada 20 Januari di KM 60 Jalan Semporna - Tawau selepas menahan dan memeriksa sebuah kereta Perodua Bezza.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) IPD Tawau yang membuat serbuan itu, menemukan sejumlah 1018.41 gram dadah bernilai RM60, 000 di dalam kenderaan tersebut," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau pada Selasa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here