Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tiga renjer perhutanan terperangkap dalam banjir dua hari di Beluran
Published on: Thursday, January 30, 2025
Published on: Thu, Jan 30, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Tiga renjer perhutanan terperangkap dalam banjir dua hari di Beluran
Anggota APM Beluran bersiap sedia masuk ke kawasan Kampung Bidu-Bidu, Beluran pagi tadi untuk menyelamatkan renjer yang dilapor terperangkap dalam banjir. (Gambar: APM Beluran)
BELURAN: Seramai tiga renjer perhutanan dilaporkan terperangkap dalam banjir selama dua hari dekat Kampung Bidu-Bidu, disini dan dilapor selamat selepas berjaya keluar setelah air sedikit surut dengan melalui laluan bukit.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telupid menerusi satu kenyataan menyatakan, sejurus menerima laporan itu, tiga anggotanya bersama bot dikejarkan ke lokasi bagi membantu renjer tersebut hari ini.

Advertisement
Operasi itu kemudian ditamatkan selepas renjer itu dimaklumkan telah berjaya keluar dari kawasan banjir berkenaan.

Dalam pada itu, susulan bencana banjir, beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) juga telah di buka Telupid selain pemantauan di Beluran dan Kinabatangan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pihak APM bersama Jabatan Kebajikan Am serta agensi yang lain juga membantu mangsa terlibat yang ditempatkan di PPS Kampung Bauto, Dewan Orang Ramai Kampung Kiabau, Dewan Kampung Rancangan Nangoh, Balai Raya Kampung Maau dan PPS Dewan Kampung Bambangan, Telupid.

Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Telupid, Celestine Jetony, mengisytiharkan pembukaan kesemua PPS berkenaan.

Advertisement
Di Beluran, anggota APM bersama agensi penyelamat dan agensi berkaitan juga memantau di laluan jalan dinaiki air dan tidak dapat dilalui dan hanya pacuan empat roda di Jalan Rampik, pemantauan banjir di Kampung Balaban dan Kampung Muanad.

Manakala di Kinabatangan, APM melaporkan paras air Sungai Kinabatangan juga naik secara mendadak pagi tadi dan lima kampung terputus hubungan melibatkan Kampung Dagat, Litang, Tidung, Balat dan Sangau dan bantuan juga akan diberikan kepada mereka yang terlibat. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here