SANDAKAN: Satu kejadian susur tanah dilapor berlaku di kawasan Taman Perumahan Pecky Valley, disini, dan penduduk yang terjejas dengan kejadian itu juga dinasihatkan mengambil langkah waspada dan segera mengosongkan rumah mereka bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Ketika dihubungi, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Severinus Sainkui, berkata, malam semalam, pihaknya bersama pihak Polis dan agensi berkaitan juga telah memeriksa kawasan taman perumahan itu dan ke rumah terlibat.
Jelasnya, tiga buah rumah penduduk yang terjejas teruk juga telah dikosongkan sehingga kini.
Tambahnya, bagi penduduk yang tinggal dibawah kawasan itu dan ternampak tanah tersusur berdekatan dengan kejadian itu juga mengambil langkah mengosongkan rumah mereka pada malam semalam.
Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee turut meninjau dan melawat pemilik rumah berkenaan bersama pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan petang tadi.
Pihaknya turut akan memantau rapat berkenaan kejadian itu dan merujuk kepada Majlis Perbandaran Sandakan dan pihak berkaitan.