Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat pagi ini, Bintulu paling terjejas
Published on: Friday, January 31, 2025
Published on: Fri, Jan 31, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak meningkat pagi ini, Bintulu paling terjejas
Gambar sekadar ilustrasi
KUALA LUMPUR: Banjir di Sabah dan Sarawak terus merekodkan peningkatan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri itu dengan 15,015 mangsa berbanding 11,886 orang malam tadi.

Di SARAWAK, jumlah mangsa meningkat kepada 9,398 orang daripada 2,725 keluarga pagi ini berbanding 7,503 orang daripada 2,096 keluarga malam tadi.

Advertisement
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, daerah Bintulu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 4,021 orang daripada 1,090 keluarga yang berlindung di enam PPS, diikuti daerah Serian dengan 1,886 mangsa daripada 602 keluarga ditempatkan di 15 PPS.

Di Selangau, seramai 900 mangsa daripada 226 keluarga masih berlindung di empat PPS, di Tatau mencatatkan 1,353 mangsa daripada 393 keluarga di tiga PPS dan di Kuching, seramai 475 mangsa daripada 153 keluarga berlindung di tiga PPS.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Di SABAH, jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 5,617 orang daripada 1,899 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 4,383 orang daripada 1,475 keluarga malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah melaporkan sebanyak 39 PPS dibuka di 10 daerah, dengan Kota Marudu mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 2,944 orang daripada 1,090 keluarga.

Advertisement
Daerah lain yang terjejas ialah Pitas dengan 768 mangsa (261 keluarga), Lahad Datu 443 mangsa (121 keluarga), Telupid 413 mangsa (110 keluarga), Kota Belud 301 mangsa (88 keluarga), Paitan 274 mangsa (99 keluarga), Beluran 195 mangsa (60 keluarga), Sandakan 118 mangsa (28 keluarga), Beaufort 107 mangsa (29 keluarga), dan Tongod 54 mangsa (13 keluarga).

Menurut laporan itu, trend pemindahan mangsa di Kota Marudu, Pitas dan Paitan menunjukkan peningkatan, manakala trend di daerah lain kekal tidak berubah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here