Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Juruteknik rugi lebih RM200,000 terpedaya tawaran kerja sambilan
Published on: Friday, January 31, 2025
Published on: Fri, Jan 31, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Juruteknik rugi lebih RM200,000 terpedaya tawaran kerja sambilan
Yahaya berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - FOTO untuk ilustrasi sahaja.
KUANTAN: Seorang juruteknik di sebuah kilang mengalami kerugian lebih RM200,000 selepas terpedaya dengan tawaran kerja sambilan menerusi dalam talian tahun lepas.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata mangsa lelaki berusia 48 tahun itu telah berminat dengan tawaran perniagaan dropship pakaian yang ditawarkan suspek menerusi satu aplikasi pada 14 Dis.

Advertisement
Beliau berkata mangsa seterusnya telah beurusan dengan suspek menerusi aplikasi WhatsApp sebelum diberikan satu alamat laman sesawang bagi tujuan menjalankan perniagaan itu.

“Mangsa kemudiannya telah membuat 14 kali pindahan wang menggunakan duit simpanan dan pinjaman bank ke lapan akaun berlainan berjumlah lebih RM200,000 untuk menjalankan perniagaan tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Namun, dia mula menyedari diperdaya setelah diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM20,000 untuk mengeluarkan keuntungan sebanyak US$60,000,“ katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahaya berkata mangsa telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Advertisement
Sementara itu, beliau menasihatkan agar masyarakat tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pekerjaan melalui media sosial yang menjanjikan pulangan lumayan dan membuat semakan nombor akaun diterima terlebih dahulu di semakmule.rmp.gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here