Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Buruh bebas tuduhan amang seksual fizikal kanak-kanak
Published on: Friday, January 31, 2025
Published on: Fri, Jan 31, 2025
By: Jo Ann Mool
Text Size:
Text:
Buruh bebas tuduhan amang seksual fizikal kanak-kanak
Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dengan mencium pipi kanak-kanak itu dan membelai payudaranya di sebuah rumah pekerja di sebuah kampung di Papar, pada 19 April 2023, jam 3.30 petang.
Kota Kinabalu: Seorang buruh berusia 45 tahun, yang didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun dua tahun lalu, dibebaskan daripada pertuduhan itu oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Mohamad Bakri, 45, dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Amir Shah Amir Hassan, tanpa dipanggil pembelaannya.

Advertisement
Hakim dalam menyampaikan keputusannya, memutuskan bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad.

Mohamad didakwa melakukan kesalahan itu dengan mencium pipi kanak-kanak itu dan membelai payudaranya di sebuah rumah pekerja di sebuah kampung di Papar, pada 19 April 2023, jam 3.30 petang.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan memanggil enam saksi untuk memberi keterangan dalam perbicaraan itu.

Advertisement
Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nurul Shafeerah Mad. Iskim melakukan pendakwaan.

Mohamad diwakili peguam Mohamad Syazwan Shah Mohamad Ali, Nigel Neong Kaning dan Hannan Razaini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here