Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Jheains nafi dakwaan pelancong China dikasari
Published on: Saturday, February 01, 2025
Published on: Sat, Feb 01, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Jheains nafi dakwaan pelancong China dikasari
Datuk Jumain Abdul Ghani
Kota Kinabalu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) menafikan dakwaan sekumpulan pelancong asing bahawa mereka dihalang dan dikasari seorang kakitangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu daripada mengambil gambar masjid itu, baru-baru ini.

Pengarahnya Datuk Jumain Abdul Ghani berkata, berdasarkan laporan pihak masjid, dakwaan yang dibuat menerusi video tular itu adalah tidak tepat dan hanya berasaskan sumber satu pihak sahaja.

Advertisement
Katanya, Pusat Pelancongan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu beroperasi dengan peraturan yang telah dipersetujui oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (Motac).

Menurutnya, peraturan itu menyebut bahawa semua pelancong yang berkunjung ke masjid berkenaan harus mengikuti syarat ditetapkan, termasuk dari segi pembayaran tiket masuk dan pakaian.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here