Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Tabung Pendidikan Negeri Sabah sasar lebih 10,000 penerima tahun ini
Published on: Saturday, February 01, 2025
Published on: Sat, Feb 01, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Tabung Pendidikan Negeri Sabah sasar lebih 10,000 penerima tahun ini
Ariffin (belakang, keempat dari kanan) bersama penerima bantuan TPNS di majlis itu.
Kota Kinabalu: Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) menyasarkan lebih 10,000 penerima golongan B40 tahun ini yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi TPNS, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, fokus turut diberikan kepada pelajar yang ingin mengambil peringkat Sarjana Muda dan Doktor Falsafah.

Advertisement
Katanya, kira-kira 8,000 anak Sabah yang melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara telah dibantu di bawah TPNS pada tahun lalu membabitkan peruntukan sebanyak RM8 juta.

“TPNS berinisiatif membantu bantuan pendidikan lainnya yang disediakan kerajaan negeri seperti bantuan pendidikan Yayasan Sabah, Biasiswa Kerajaan Negeri, dermasiswa Majlis Ugama Islam Sabah (Muis) dan banyak lagi.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Untuk tahun ini, kita sasarkan lebih 10,000 anak-anak Sabah dibantu dan hari ini saja bagi siri pertama tahun 2025, sebanyak 500 permohonan diluluskan dengan peruntukan kira-kira RM3 juta.

“Daripada jumlah itu, tujuh pemohon adalah mereka yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Master dan PhD,” katanya selepas menyempurnakan penyerahan bantuan TPNS, di sini, Selasa lalu.

Advertisement
Ariffin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, bantuan cermin mata di bawah TPNS yang dilaksanakan tahun lalu untuk membantu 4,000 pelajar sekolah juga diteruskan tahun ini.

“Bantuan tahun ini turut memberi fokus kepada pelajar sekolah menengah yang  bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM),” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here