Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan
Published on: Saturday, February 01, 2025
Published on: Sat, Feb 01, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Polis tahan suami tampar isteri di Kota Warisan
Stills from the viral video
SEPANG:  Polis menahan seorang lelaki susulan tular video memaparkan seorang isteri ditampar suaminya di sebuah pusat beli-belah di Kota Warisan di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Norhizam Bahaman berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di hadapan sebuah klinik di Kota Warisan pada pukul 10 pagi tadi.

Advertisement
Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

“Lelaki berkenaan akan dibawa ke mahkamah esok untuk perintah tahanan reman,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Media sebelum ini melaporkan tindakan seorang lelaki menampar isterinya yang berusia 35 tahun membawa padah selepas perbuatan itu secara tidak sengaja dirakam dalam satu video 'live' di media sosial.

Rakaman video berdurasi 29 saat itu memaparkan seorang wanita berjalan keluar dari pusat beli-belah, dan setibanya di pintu keluar premis itu, tiba-tiba lelaki berkenaan menampar wajah wanita itu di khalayak ramai.

Advertisement
Pada 26 Jan lepas, Norhizam menerusi kenyataan mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu daripada adik kepada wanita yang ditampar dalam video berkenaan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here