Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pekerja ladang maut ditikam gara-gara RM20
Published on: Sunday, February 02, 2025
Published on: Sun, Feb 02, 2025
By: Jeremy S Zabala
Text Size:
Text:
Pekerja ladang maut ditikam gara-gara RM20
Perumahan ladang tempat kejadian tikaman itu berlaku.
PAPAR: Seorang pekerja ladang kelapa sawit berusia 37 tahun maut akibat ditikam bertubi-tubi, selepas pertengkaran membabitkan wang RM20 tercetus di perumahan ladang itu di Kampung Ulu Lumagar, Bongawan, di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, susulan laporan polis oleh pemilik ladang, sebuah pasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Papar, Ibu Pejabat Polis Daerah D9 JSJ dan Balai Polis Bongawan menjalankan operasi.

Advertisement
Siasatan awal mendapati, lelaki warga Filipina itu bertanya kepada suspek, seorang lelaki warga Indonesia berusia 26 tahun, berhubung wang RM20 yang diberikan isterinya (mangsa) untuk membeli ikan dan roti minggu lepas.

“Menurut isteri mangsa, wang itu diberikan kepada suspek untuk membantu membuat pembelian, tetapi tidak berbuat demikian kerana kedai sudah ditutup.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun, wang itu tidak dikembalikan kepada isteri mangsa. Sebelum kejadian itu, dikatakan isteri mangsa juga meminjamkan RM30 kepada suspek tetapi dia gagal membayar balik,” katanya dalam satu kenyataan.

Kamaruddin berkata pertemuan antara kedua-duanya membawa kepada pertengkaran kerana suspek tidak mengaku dan enggan memulangkan wang yang diterima daripada isteri mangsa.

Advertisement
Katanya, suspek kemudian memasuki rumahnya dan mengambil sebilah pisau kecil sebelum menyerang mangsa dan menikamnya berkali-kali.

“Mangsa kemudian cuba memasuki rumah suspek dalam keadaan berlumuran darah untuk mendapatkan senjata bagi mempertahankan diri, namun rebah di atas tanah lapang di hadapan rumah itu.

Advertisement
“Dia kemudian meninggal dunia akibat kecederaan parah,” katanya.

Dalam operasi itu, Kamaruddin berkata tiga lelaki (termasuk suspek) dan dua wanita berusia antara 20 dan 60 tahun ditahan.

"Pasukan turut merampas sebilah pisau berkepala kayu dipercayai digunakan suspek untuk menikam mangsa. Tangkapan dan barangan dibawa ke IPD Papar untuk siasatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau menggesa saksi tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Desmond A/L Tanggapan pada talian 019-4883322 atau 088-912222.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here