Kota Kinabalu: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Sabah tidak akan mengalami kerugian susulan daripada keputusan syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang menyahaktifkan saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).
Katanya, pendekatan itu adalah berdasarkan pertimbangan kewangan dan keperluan operasi bagi mengoptimumkan sumber tenaga negara.
“Kita faham masalah dan kesulitan yang dihadapi dalam penghantaran gas antara Sipitang dan Bintulu telah menyebabkan peningkatan kos pembaikan yang tinggi.
“Dan kita tahu bahawa pembangunan projek ZLNG oleh Petronas juga menjadi faktor kepada strategi syarikat itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Khamis.
Advertisement
SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.






