Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
13 stesen amaran Sg Padas percepat persiapan banjir
Published on: Sunday, February 02, 2025
Published on: Sun, Feb 02, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
13 stesen amaran Sg Padas percepat persiapan banjir
Menurut Ruslan, sistem SAB berupaya meramal banjir tujuh hari lebih awal dan mengeluarkan hebahan amaran banjir dua hari lebih awal, sekali gus membantu persiapan cepat pengurusan bencana banjir.
BEAUFORT: Sebanyak 13 Stesen Amaran Banjir (SAB) yang berfungsi memberi amaran awal bencana banjir akan dipasang dalam masa terdekat tahun ini di beberapa lokasi hotspot di sepanjang Sungai Padas, di sini.

Adun Lumadan, Datuk Ruslan Muharam berkata, SAB merupakan inisiatif di bawah Program Ramalan dan Amaran Banjir (PRAB) yang dilaksanakan di seluruh negara.

Advertisement
Menurutnya, sistem SAB berupaya meramal banjir tujuh hari lebih awal dan mengeluarkan hebahan amaran banjir dua hari lebih awal, sekali gus membantu persiapan cepat pengurusan bencana banjir.

“Sudah tentu sistem ini dapat membantu kita membuat persediaan awal pengurusan bencana banjir, khususnya Pewartaan Bencana Alam, memandangkan Beaufort adalah jajaran banjir sejak sekian lama.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“SAB di bawah kendalian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Beaufort ini turut dilengkapi sensor paras air, kamera litar tertutup (CCTV) dan siren,” katanya semasa Program Tinjauan Banjir Bersama Agensi Berkaitan di Dun Lumadan, di sini, pada Jumaat.

Sebanyak tujuh agensi terlibat dalam tinjauan banjir di tujuh kampung terjejas dan turut disertai Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun serta Jurutera JPS Daerah Beaufort, Jackson Malindai.

Advertisement
Dalam pada itu, Ruslan yang juga Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri berkata, bagi pengurusan bencana banjir yang lebih komprehensif, pihaknya akan membangunkan aplikasi Aduan Rakyat (AR).

Katanya, AR yang akan turut dihubungkan terus dengan SAB itu, direka bagi memudahkan masyarakat mendapat atau menyalurkan maklumat terperinci, khususnya berkaitan situasi banjir di kampung masing-masing.

Advertisement
“Aplikasi AR ini dibangunkan untuk kegunaan semua pengguna telefon pintar mudah alih supaya maklumat dan notifikasi berkaitan situasi semasa hujan dan paras air sungai serta hebahan amaran banjir boleh diakses secara 'real-time'.

“Akses untuk agensi kerajaan berkaitan juga disediakan dalam aplikasi ini, yang sudah tentu mampu memastikan persiapan pengurusan bencana banjir yang lebih komprehensif di masa depan,” katanya.

“Saya serahkan kepada Pejabat Daerah Beaufort untuk bangunkan aplikasi ini supaya aspek dan perkara berkaitan dapat memenuhi keperluan bagi situasi banjir di kawasan ini,” katanya.

 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here