Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Jheains diarah sediakan garis panduan lawatan pelancong di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Published on: Sunday, February 02, 2025
Published on: Sun, Feb 02, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Jheains diarah sediakan garis panduan lawatan pelancong di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu
Ariffin berkata garis panduan itu bukan saja merangkumi jawatankuasa (AJK) MBKK yang menyelaras tetapi juga pelancong luar yang datang ke masjid itu.
Kota Kinabalu: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) diarahkan membuat satu garis panduan berkaitan pengurusan lawatan pelancongan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBKK).

Exco Hal Ehwal Islam Sabah, Datuk Dr Ariffin Arif berkata, garis panduan itu bukan saja merangkumi jawatankuasa (AJK) MBKK yang menyelaras tetapi juga pelancong luar yang datang ke masjid itu.

Advertisement
“Intinya ialah siapa saja yang datang, kita sambut dengan baik, sama ada kita di luar mahu pun di dalam masjid dan lebih utama untuk kita patuhi adalah memelihara adab serta sopan santun.

“Kedua-duanya (AJK masjid dan pelancong) perlu ada etika, ada adab dan kedua-duanya juga perlu mematuhi garis panduan ini dan insya Allah kita akan tambah baik mana yang perlu,” katanya pada Majlis Penyerahan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau mengulas insiden sekumpulan pelancong China dihalang mengambil gambar masjid sebelum membuat bayaran oleh seorang lelaki didakwa petugas MBKK, baru-baru ini.

Video tular terbabit dimuat naik dalam aplikasi media sosial Xiaohongshu (Red Note) yang digunakan di negara China dan mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna aplikasi tersebut. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here