Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
Published on: Monday, February 03, 2025
Published on: Mon, Feb 03, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Tiada pembayaran insentif getah untuk pekebun kecil bagi Januari 2025 - LGM
IPG hanya diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap mencecah paras RM3.00 sekilogram ke bawah. - Foto untuk hiasan sahaja.
Kuala Lumpur: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam kenyataannya hari ini, agensi itu berkata ini berikutan IPG berkenaan akan hanya diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap mencecah paras RM3.00 sekilogram ke bawah.

Advertisement
"Bagi Januari 2025, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah masing-masing RM3.70, RM3.40 dan RM3.20 sekilogram.

"Oleh itu, tiada pembayaran IPG dilakukan bagi bulan itu," katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Selain itu, LGM berkata IPG lateks pula akan teraktif apabila IPG getah sekerap diaktifkan.

IPG lateks ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering(KGK) dan akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang layak serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here