Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ketua Umno Tawau menang kes saman sivil terhadap bekas isteri
Published on: Tuesday, February 04, 2025
Published on: Tue, Feb 04, 2025
Text Size:
Text:
Ketua Umno Tawau menang kes saman sivil terhadap bekas isteri
Ketua Umno Tawau, Ghazalie Ansing. (Gambar fail: utusan.com.my)
Kota Kinabalu: Ketua Umno Tawau, Ghazalie Ansing, berjaya dalam saman sivilnya untuk menuntut ganti rugi libel terhadap bekas isterinya dan seorang lagi defendan berhubung satu kes fitnah dua tahun lalu.

Menerusi penghakiman di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada 20 Disember lalu, Ghazalie turut berjaya menuntut ganti rugi kerosakan teruk dan ganti rugi tauladan daripada kedua-dua defendan, menurut kenyataan media.

Advertisement
Nilai ketiga-tiga ganti rugi itu bagaimanapun masih menunggu penilaian mahkamah.

Ghazalie, 42, selaku plaintif membuat tuntutan ganti rugi itu ke atas bekas isterinya, Joanna @ Karmila Kamin @ Jemirah, 45, selaku defendan pertama dan Farihanna Abdul Rahman, 37, selaku defendan kedua melalui satu saman fitnah yang difailkan pada 1 Jun 2023.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kes sivil itu berkaitan penyebaran video memaparkan kenyataan kedua-dua defendan yang didakwa memfitnah Ghazalie bertindak kasar terhadap bekas isterinya, selain tuduhan merogol pembantu isterinya.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here