Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
PTI dipenjara 12 bulan
Published on: Tuesday, February 04, 2025
Published on: Tue, Feb 04, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
PTI dipenjara 12 bulan
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Seorang warga Indonesia berusia 37 tahun yang tinggal di negeri ini selepas pas lawatan kerja sementaranya tamat tempoh selama lima tahun 24 hari, dihukum penjara 12 bulan.

Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain menjatuhkan hukuman itu kepada Rianus Saru, yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya.

Advertisement
Rianus didapati tinggal lebih masa di negeri ini selepas dokumennya tamat tempoh pada 26 Dis 2019.

Dia ditahan jam 4.25 petang pada 21 Jan tahun ini di hadapan bangunan Alliance Bank di Kundasang, Ranau.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah memerintahkan Rianus menjalani hukuman penjara itu mulai tarikh dia ditangkap dan dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut selepas selesai hukuman.

Advertisement
Pegawai Pendakwa Mohamad Hamidi Mohamad Hamzah tampil untuk pendakwaan.

Di mahkamah sama, empat pendatang tanpa izin dipenjara empat bulan setiap seorang kerana memasuki negeri ini secara haram.

Advertisement
Mereka ialah Abdul Lajmin, 30, Sinaida Muhamad, 48, Sata Hassim, 54, dan Siti Hadiya, 31.

Kesemua mereka mengaku terhadap pertuduhan dihadapi, masing-masing.

Pendatang tanpa izin itu ditahan di kawasan bandaraya, baru-baru ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri kepada pihak berkuasa.

Selepas menjalani hukuman penjara, pendatang tanpa izin itu diperintah dirujuk ke Jabatan Imigresen.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here