Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bunuh rakan: 13 pelajar KVLD bakal ketahui nasib 28 Februari
Published on: Tuesday, February 04, 2025
Published on: Tue, Feb 04, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Bunuh rakan: 13 pelajar KVLD bakal ketahui nasib 28 Februari
Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.
TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 28 Februari tahun ini untuk pendengaran keputusan sama ada 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu (KVLD), yang didakwa membunuh seorang pelajar Bioteknologi.

Hakim Datuk Duncan Sikodol menetapkan tarikh itu pada Isnin apabila kes itu dihadapkan untuk penghujahan daripada kedua-dua pihak menerusi zoom.

Advertisement
Pihak pendakwaan telah menutup kesnya pada 9 Disember 2024 selepas memanggil 25 saksi sepanjang 12 hari perbicaraan, yang bermula 19 November 2024.  

Saksi termasuk pengarah KVLD, warden kolej, ibu mangsa, seorang paramedik, pakar patologi forensik, pegawai kimia, empat pegawai polis, serta 13 pelajar saksi, termasuk 10 yang bawah umur dan tiga lagi berusia 19 dan 20 tahun.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
13 pelajar itu, berumur antara 16 hingga 19 tahun, didakwa membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, di Kolej Vokasional Lahad Datu antara jam 9 malam pada 21 Mac 2024 hingga 7.38 pagi pada 22 Mac 2024.  

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 Kanun sama.

Advertisement
Lapan daripada 13 tertuduh itu diwakili peguam Kamarudin, Datuk Ram dan Chen Wen Jye, manakala lima lagi masing-masing diwakili oleh Abdul Ghani Zelika, Vivian Thien, Jhesseny P. Kang, Kusni Ambotuwo, dan Mohamed Zairi Zainal Abidin.  

Pihak pendakwaan diketuai oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur Nisla Abdul Latif, bersama TPR Ng Juhn Tao dan TPR Batrisyia Mohd Khusri.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here