Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bantu pesakit kronik ke Pusat Pemindahan Sementara
Published on: Tuesday, February 04, 2025
Published on: Tue, Feb 04, 2025
By: Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bantu pesakit kronik ke Pusat Pemindahan Sementara
SEKITAR operasi membantu pesakit itu.
KINABATANGAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kinabatangan membantu seorang mangsa banjir yang juga penghidap penyakit kronik ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) pada Isnin.

Maidah Koi, 57, yang tidak mampu bergerak tanpa bantuan, sedar keputusan untuk berpindah bermakna perjalanan sukar baginya ketika Sungai Kinabatangan mencapai paras bahaya.

Advertisement
Menurut APM Kinabatangan, wanita itu menghadapi komplikasi kesihatan serius sejak beberapa lama, termasuk pendarahan perut, jangkitan paru-paru dan kesan sampingan penggunaan antibiotik berpanjangan.

Malah sedikit pergerakan pun menyakitkan baginya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Seorang penduduk Kampung Pengkalan Bukit Garam, Maidah mengambil keputusan berpindah secara sukarela di balai raya sebelum banjir memutuskan hubungan.

Bagaimanpun, pada waktu itu, PPS belum dibuka, menyebabkan dia dan beberapa jirannya tidak mempunyai pilihan kecuali menunggu dan berharap air banjir akan surut.

Advertisement
Maidah adalah antara 53 penduduk daripada 16 isi rumah yang terjejas akibat banjir yang melanda dua kampung di Kinabatangan. Mereka ditempatkan di PPS Sekolah Agama Negeri Pekan Bukit Garam, di sini.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, setakat 4 petang Isnin, seramai 115 mangsa daripada 41 keluarga juga diselamatkan dari sebuah kampung di Tongod.

Advertisement
Ini menjadikan jumlah mangsa dipindahkan kepada 208 orang daripada 57 keluarga di dua daerah yang masih terjejas, menurun daripada ribuan mangsa di 11 daerah minggu lalu, susulan keadaan cuaca bertambah baik.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sembilan daerah – Beaufort, Kota Marudu, Telupid, Sandakan, Kota Belud, Lahad Datu, Beluran, Paitan dan Pitas – mengisytiharkan PPS masing-masing ditutup.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here