Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Pendapatan PBT meningkat hasil usaha Kerajaan GRS
Published on: Tuesday, February 04, 2025
Published on: Tue, Feb 04, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Pendapatan PBT meningkat hasil usaha Kerajaan GRS
ISNIN (kedua dari kanan) menyampaikan anugerah kepada salah seorang penerima di majlis itu.
BEAUFORT: Usaha kerajaan negeri dalam memperkasa pengurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) membuahkan hasil apabila semua PBT Sabah meningkatkan pendapatan secara signifikan.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Isnin Aliasnih berkata, kunci kepada kejayaan itu adalah menyalurkan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan.

Advertisement
Menurutnya, aspek itu yang ditekankan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) melalui kementeriannya sebaik mengambil alih tampuk pentadbiran Sabah sebelum ini.

“Sebagai contoh (Majlis Daerah) Beaufort, bila kita ambil alih dulu, kewangannya dalam RM4 juta saja, tapi sekarang sudah menjangkau lebih RM20 juta. Ini Beaufort sahaja, tidak termasuk Keningau dan daerah lain.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Begitu juga Semporna (MDS) sebagai contoh, masa kita ambil alih kerajaan, cuma ada dalam RM100,000. Tapi sekarang, cuba tengok Semporna sudah berjuta dan saya ingat macam tahun lepas, lebih RM10 juta.

“Ini kerana sistem pengurusan bagus yang kita tekankan kepada semua PBT supaya memberikan perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan iaitu pembayar cukai yang juga rakyat,” katanya.

Advertisement
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Hari Keluarga Majlis Daerah Beaufort yang turut dihadiri Pegawai Eksekutif MDB, Mohd Ainul Mohd Dun, di sini.

Sehubungan itu, Isnin yang juga wakil rakyat Klias menggesa semua PBT terus memperkasa kualiti perkhidmatan sekali gus dapat meningkatkan lagi pendapatan PBT.

Advertisement
“Memasuki tahun baharu, kita (kerajaan) mahu PBT melaksanakan kerja lebih bagus, lebih tekun dan lebih efisien supaya kita dapat bagi kepuasan kepada semua pembayar cukai.

“Kalau perkhidmatan tidak memuaskan, macam mana mereka mahu bayar cukai..macamana mahu bagi kita ‘income’. Jadi kita bagi perkhidmatan yang bagus, maka hasilnya juga akan bagus.

“Justeru, saya harap semua PBT dapat tingkatkan lagi prestasi bagi memastikan rancangan menaiktaraf status ke Majlis Perbandaran atau Majlis Perbandaran ke Bandaraya dapat dicapai,” tegasnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here