SEMPORNA: Dua pelancong dari China adalah antara lima yang cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Km 38 di Jalan Semporna-Tawau, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Supt Mohd Sabri Zainol berkata, kejadian melibatkan bas pelancong, pacuan empat roda (4WD) dan Perodua Bezza itu berlaku pada 10 pagi.
Beliau berkata siasatan awal menunjukkan bas itu dalam perjalanan ke Tawau dari Semporna, manakala dua kenderaan lain dalam perjalanan di laluan bertentangan.
“Ketika tiba di lokasi, pemandu Bezza hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas pelancong berkenaan.
“Bas pelancong yang membawa dua penumpang itu kemudiannya dirempuh 4WD,” katanya.
Menurut Mohd Sabri, kesemua pemandu tiga kenderaan itu dan dua pelancong tersebut mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Semporna untuk rawatan.
Beliau berkata siasatan sedang dijalankan di bawah Peraturan 10 166/59, dan menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan bertimbang rasa ketika berada di jalan raya bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.