Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Ketua Umno Tawau menang kes saman sivil terhadap bekas isteri
Published on: Wednesday, February 05, 2025
Published on: Wed, Feb 05, 2025
Text Size:
Text:
Ketua Umno Tawau menang kes saman sivil terhadap bekas isteri
Ghazalie, 42, selaku plaintif membuat tuntutan ganti rugi itu ke atas bekas isterinya, Joanna @ Karmila Kamin @ Jemirah, 45, selaku defendan pertama dan Farihanna Abdul Rahman, 37, selaku defendan kedua melalui satu saman fitnah yang difailkan pada 1 Jun 2023.
Kota Kinabalu: Ketua Umno Tawau Ghazalie Ansing menang saman sivil bagi menuntut ganti rugi libel terhadap bekas isterinya dan seorang lagi defendan berhubung satu kes fitnah dua tahun lalu.

Menerusi penghakiman di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu pada 20 Disember lalu, Ghazalie turut berjaya menuntut ganti rugi kerosakan teruk dan ganti rugi tauladan daripada kedua-dua defendan.

Advertisement
Bagaimanapun, nilai ketiga-tiga ganti rugi terbabit masih menunggu penilaian mahkamah.

Ghazalie, 42, selaku plaintif membuat tuntutan ganti rugi itu ke atas bekas isterinya, Joanna @ Karmila Kamin @ Jemirah, 45, selaku defendan pertama dan Farihanna Abdul Rahman, 37, selaku defendan kedua melalui satu saman fitnah yang difailkan pada 1 Jun 2023.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Kes sivil itu berkaitan penyebaran video memaparkan kenyataan kedua-dua defendan yang didakwa memfitnah Ghazalie bertindak kasar terhadap bekas isteri, selain tuduhan merogol pembantu isterinya.

Penyebaran video terbabit yang dimuat naik di laman sosial YouTube dan sebuah portal pada 7 dan 8 Mei 2023 didakwa telah menjejaskan reputasi, kredibiliti dan imej peribadinya selaku seorang pemimpin politik.

Advertisement
Berikutan itu, plaintif melalui peguamnya dari Tetuan Nurul Rafeeqa Advocates pada 17 Mei 2023 mengeluarkan surat tuntutan kepada kedua-dua defendan sebelum saman fitnah difailkan kira-kira dua minggu selepas itu.

Ketika prosiding penghakiman melalui Zoom di hadapan Hakim Marlina Ibrahim pada 20 Disember lalu, mahkamah turut memerintahkan bekas isteri Ghazalie dan defendan kedua membuat permohonan maaf secara terbuka di akhbar The Star, The New Strait Times dan Daily Express.

Advertisement
Selain itu, permohonan maaf terbuka itu juga perlu dikemukakan di akaun Facebook defendan pertama dan sabahbigmouth.wordpress.com dengan semua kos iklan ditanggung oleh defendan pertama.

Mahkamah turut membenarkan injunksi bagi menghalang defendan pertama sama ada oleh dirinya, pembantu atau ejennya atau sebaliknya daripada menyiarkan video atau menyebabkan ia diterbitkan atau menyumbang kepada penerbitan video terbabit.

Selain video, injunksi itu turut merangkumi larangan penerbitan sebarang perkataan, petikan atau gambar yang memfitnah plaintif di semua platform media.

Defendan juga diperintah membayar faedah penghakiman sebanyak lima peratus setahun daripada tarikh penghakiman sehingga ke tarikh penyelesaian penuh. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here