Thu, 11 Jun 2026
Headlines:
Polis Marin rampas rokok tidak bercukai bernilai RM47,760
Published on: Wednesday, February 05, 2025
Published on: Wed, Feb 05, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Polis Marin rampas rokok tidak bercukai bernilai RM47,760
LAHAD DATU: Pasukan Polis Marin di sini pada Isnin merampas rokok dipercayai tidak bercukai bernilai RM47,760 di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Puyut.  

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Empat Sabah, ACP Mohd Nazri Ibrahim berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan anggotanya yang menaiki bot memeriksa bahagian belakang rumah berkenaan kira-kira jam 6 petang.  

Advertisement
“Hasil pemeriksaan menemuikan timbunan plastik hitam yang mengandungi pelbagai jenama rokok dipercayai tidak bercukai,” katanya.  

Rampasan itu membabitkan 1,040 bungkus Astro Menthol King, 550 bungkus Astro Filter King, 200 bungkus Tex Light dan 200 bungkus Gudang Garam Surya.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Semua barang rampasan dibawa ke pangkalan Polis Marin Lahad Datu,” katanya, sambil menambah, kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.  

Mohd Nazri berkata kesemua rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk siasatan dan tindakan lanjut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here