Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Arifin mahu polis siasat laporan Malaysiakini
Published on: Thursday, February 06, 2025
Published on: Thu, Feb 06, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Arifin mahu polis siasat laporan Malaysiakini
ARIFIN (kiri) menunjukkan laporan polis tersebut
Kota Kinabalu: Adun Membakut Datuk Dr Arifin Arif membuat laporan polis terhadap suatu laporan portal berita tempatan, Malaysiakini bertajuk ‘Pendedah Maklumat: Menantu Musa Aman Tawar Penyelesaian Tutup Mulut Saya’, yang disiarkan pada 3 Feb tahun ini.

Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, dakwaan dalam laporan yang dimuatnaik Isnin lalu itu jelas mengandungi fakta palsu dan fitnah.

Advertisement
“Merujuk laporan Malaysiakini yang dimuatnaik pada 3 Februari, saya ingin menyatakan bahawa laporan media itu adalah satu laporan berniat jahat kerana mengandungi dakwaan-dakwaan tidak tepat.

“(Laporan berita itu juga) mengelirukan dan mengandungi fakta-fakta palsu dan memfitnah,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, di sini, pada Rabu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Malaysiakini dipetik melaporkan pemberi maklumat yang membuat pendedahan mengenai beberapa pemimpin Sabah sejak tahun lalu mendakwa bahawa Arifin telah menawarkan satu penyelesaian buatnya.

Dakwanya, penyelesaian ditawarkan  termasuk pemulihan lesen penerokaan mineral yang telah dibatalkan dengan syarat dia mengeluarkan kenyataan umum bahawa dana yang bertukar tangan itu adalah sumbangan politik.

Advertisement
Pemberi maklumat itu juga berkongsi draf kenyataan media yang dikatakan telah disediakan untuknya, menyatakan bahawa dirinya membuat “sumbangan” serupa kepada Adun daripada Umno, Star dan PBS.

Arifin berkata, laporan media itu juga membuktikan individu berkenaan dengan kumpulan ‘kartelnya’ akan menggunakan segala helah dan tipu daya bagi mendapatkan lesen perlombongan.

Advertisement
Katanya, ia termasuk memfitnah beliau serta individu lainnya yang jelas membuktikan motif mereka dengan menyebarkan berita dan fakta palsu adalah untuk monopoli lesen-lesen perlombongan di Sabah.

“Pada bila-bila masa Malaysiakini tidak pernah menghubungi saya (sebagaimana dilaporkan dalam berita portal itu) untuk mendapatkan pengesahan berhubung dengan perkara ini.

“Oleh itu, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang memfitnah dan bersekongkol dengan kumpulan ‘kartel’ ini yang cuba memonopoli lesen-lesen perlombongan di Sabah.

“Saya serahkan dengan peguam saya nanti. Perinciannya pun akan dilaksanakan melalui peguam-peguam yang saya lantik,” katanya ketika ditanya mengenai langkah beliau selanjutnya.

Hadir sama, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Datuk Fairuz Renddan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here