Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bersatu: Tangani kenaikan tambang feri Kudat-Banggi
Published on: Thursday, February 06, 2025
Published on: Thu, Feb 06, 2025
Text Size:
Text:
Bersatu: Tangani kenaikan tambang feri Kudat-Banggi
“Kenaikan tambang tanpa rundingan awam adalah tidak wajar dan membebankan komuniti yang sudah sedia tertekan,” tegas Rahimah.
Kota Kinabalu: Bersatu Sabah menggesa kerajaan persekutuan dan negeri untuk mengambil tindakan segera berhubung kenaikan tambang feri bagi laluan Kudat-Pulau Banggi yang berkuat kuasa mulai 1 Februari lalu.

Ketua Srikandi Bersatu Sabah, Rahimah Majid berkata kenaikan tambang feri untuk laluan Kudat-Banggi memberi kesan serius kepada penduduk tempatan. 

Advertisement
Katanya, Banggi sudah pun berdepan dengan kesukaran ekonomi, dan peningkatan kos pengangkutan ini menambah lagi beban kewangan mereka.

“Pulau Banggi adalah sebuah daerah kecil di Kudat, salah satu daerah termiskin di Sabah. Ramai penduduk bergantung kepada perkhidmatan feri ini untuk perjalanan penting. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Kenaikan tambang tanpa rundingan awam adalah tidak wajar dan membebankan komuniti yang sudah sedia tertekan,” tegas Rahimah.

Difahamkan bahawa mulai 1 Februari, tambang bagi semua kelas penumpang dinaikkan sebanyak RM3, menjadikan tambang baru sebanyak RM34 bagi Kelas Pertama, RM29 untuk Kelas Kedua, dan RM26 untuk Kelas Ekonomi.

Advertisement
Pengendali feri memaklumkan bahawa kenaikan tambang ini disebabkan pelaksanaan gaji minimum wajib sebanyak RM1,700 mulai 1 Februari, selain peningkatan kos alat ganti dan penyelenggaraan enjin.

Namun, Rahimah mengkritik keputusan tersebut, menegaskan bahawa kekurangan rundingan awam dan kesan tidak seimbang terhadap golongan berpendapatan rendah adalah perkara yang perlu diberi perhatian.

Advertisement
“Ramai penduduk Banggi kerap ke Kudat untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan. Kenaikan tambang ini menyukarkan mereka untuk mendapatkan rawatan yang diperlukan. 

“Mereka juga perlu ke Kudat untuk berurusan dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pendidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) dan sebagainya,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kebanyakan barangan keperluan seperti makanan, bahan api dan ubat-ubatan diangkut dari Kudat ke Pulau Banggi. Justeru, kenaikan tambang ini akan menyebabkan kenaikan harga barangan di pulau tersebut.

“Kenaikan kos pengangkutan akan meningkatkan kos operasi perniagaan dan kos sara hidup secara keseluruhan, menjadikan kehidupan lebih sukar untuk penduduk Banggi,” tambahnya.

Beliau memberi amaran bahawa peningkatan kos operasi ini juga boleh menghalang pelaburan dan pertumbuhan ekonomi, sekali gus memburukkan lagi kadar kemiskinan di Pulau Banggi.

Menangani itu tersebut, katanya, memerlukan pendekatan menyeluruh membabitkan pihak berkuasa kerajaan, pengendali feri dan komuniti setempat.

Dengan itu, Rahimah menggesa kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri untuk mengambil tindakan segera bagi menangani isu ini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here