Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lantai konkrit runtuh, penari tarian singa jatuh ke dalam lubang di Tuaran
Published on: Thursday, February 06, 2025
Published on: Thu, Feb 06, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Lantai konkrit runtuh, penari tarian singa jatuh ke dalam lubang di Tuaran
Tiga penari terjatuh ke dalam lubang akibat lantai konkrit yang runtuh. (Gambar media sosial)
Tuaran: Malang tidak berbau apabila sekumpulan penari yang sedang mempersembahkan tarian singa sempena Tahun Baru Cina terjatuh ke dalam lubang di hadapan blok premis pekan Tamparuli di sini, semalam apabila lantai konkrit itu runtuh.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, tiga penari tarian singa didapati tidak mengalami kecederaan dan diselamatkan rakan sepasukan dengan menarik mereka keluar dari lubang sedalam hampir satu meter itu.

Advertisement
Orang awam, Rayner Ebi, 45, berkata kejadian yang tidak diduga itu mengejutkan orang ramai yang sedang menyaksikan persembahan tarian singa kumpulan berkenaan.

“Kejadian itu adalah peringatan jelas mengenai pentingnya penyelenggaraan kemudahan asas di kawasan pekan dilakukan segera oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya kepada dalam satu kenyataan di laman sosial facebook.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Masalah di kawasan lantai kaki lima premis itu sudah dimaklumkan kepada Majlis Daerah Tuaran untuk tindakan keselamatan sebelum kejadian. Bagaimanapun, kejadian lantai kaki lima kedai runtuh berlaku ketika pertunjukan tarian singa sedang berlangsung di lokasi itu,” katanya.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here