Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Samun bersenjata: Dua warga asing ditangkap
Published on: Friday, February 07, 2025
Published on: Fri, Feb 07, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Samun bersenjata: Dua warga asing ditangkap
Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
BELURAN: Polis menangkap dua suspek kes samun berkumpulan berdekatan Ladang Maxland, Tongod kira-kira jam 5 petang Rabu. 

Ketua Polis Daerah Beluran, Supt Hasan Majid berkata, kedua-dua suspek tersebut sebelum ini diburu polis kerana melakukan samun bersenjata pada 1 Feb, yang menyebabkan dua mangsa cedera parah.

Advertisement
“Operasi pengesanan kedua-dua suspek warga asing ini melibatkan pemeriksaan di kawasan perkampungan, rumah kongsi estet dan ladang. 

“Beberapa maklumat disalurkan kepada penduduk sekitar bagi membantu mengesan suspek.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bertindak atas maklumat awam, pasukan kami diketuai oleh Inspektor Indara Tetupok menangkap kedua-dua suspek sekitar jam 5 petang Rabu di kawasan berdekatan Ladang Maxland, Tongod,” katanya dalam kenyataan di sini. 

Kes itu selesai dengan tertangkapnya kedua-dua suspek tersebut. 

Advertisement
Beliau berkata, dua suspek itu reman bermula Khamis untuk siasatan lanjut. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here