Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bengkel cungkil bakat vokal tempatan di Kota Marudu
Published on: Friday, February 07, 2025
Published on: Fri, Feb 07, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Bengkel cungkil bakat vokal tempatan di Kota Marudu
REDONAH dan Vie bergambar bersama jawatankuasa penganjur dan peserta selepas bengkel itu.
BENGKEL Vokal dan Penjurian Lagu diadakan di Mini Dewan Raihan, Kota Marudu, diadakan baru-baru ini.

Dianjurkan MV Event and Entertainment dengan kerjasama Kelab Rekreasi Artis Sabah (Keras), acara sehari itu dirasmikan oleh Ketua Wanita PGRS Sabah Datuk Redonah Bahanda. 

Advertisement
Beliau menekankan peranan bengkel ini dalam membina keyakinan serta mencungkil bakat vokal tempatan.  

“Ini adalah pengalaman yang bermakna kerana pertama kali saya merasmikan bengkel seni. Ia menyediakan platform yang baik untuk bakat tempatan meningkatkan kemahiran mereka dan melangkah ke dalam industri hiburan,” katanya. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut memuji penganjur atas usaha menghidupkan kembali bidang seni di Kota Marudu serta berjanji untuk terus menyokong inisiatif seumpama ini.  

Pengerusi Penganjur bengkel Sylviana Viana Saiki @ Vie, menyifatkan acara ini sebagai permulaan yang baik untuk 2025, dengan rancangan untuk mengadakan lebih banyak bengkel di daerah lain. 

Advertisement
“Walaupun terdapat peserta yang terpaksa menarik diri atas sebab-sebab tertentu, kehadiran dan semangat peserta secara keseluruhannya tetap tinggi,” katanya yang juga Setiausaha Agung Keras.

Penceramah jemputan Rhowell Rolland Raymond Pagi, seorang tenaga pengajar vokal dan Pengetua Fortissimo Music Studio di Tuaran, berkongsi ilmu mengenai teknik vokal, kawalan pernafasan, ekspresi seni, serta penjurian pertandingan. 

Advertisement
Beberapa profesional lain seperti Jawil Jumin, Coach Keiru, dan Ian Arthur turut menyumbang kepada kejayaan acara ini.  

Vie mengucapkan terima kasih kepada Redonah kerana hadir walaupun perlu menempuh perjalanan jauh dari Kota Kinabalu, serta kepada jawatankuasa penganjur.

Katanya, pihak turut merancang untuk mengadakan Bengkel Masterclass selama dua hari di Kota Marudu sebelum Sambutan Pesta Kaamatan pada Mei depam, yang akan menawarkan latihan vokal secara mendalam dan sesi penjurian profesional.  

“Inisiatif ini bertujuan untuk terus membangunkan bakat vokal di Sabah dan memberi peluang kepada mereka untuk berjaya di peringkat nasional dan antarabangsa,” kata Vie, sambil berharap sokongan berterusan untuk menjadikan Sabah sebagai pusat seni vokal di Malaysia.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here