Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Madrasah, pusat tahfiz di Tawau diingat daftar dengan Jakim, Jheains
Published on: Friday, February 07, 2025
Published on: Fri, Feb 07, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Madrasah, pusat tahfiz di Tawau diingat daftar dengan Jakim, Jheains
Nizam menyampaikan hadiah kepada juara kategori Qari kepada Abdullah pada majlis itu.
TAWAU: Semua madrasah dan pusat tahfiz di daerah ini diingatkan agar berdaftar dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) bagi memudahkan kerajaan menyalurkan sebarang bantuan yang diperlukan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, perkara itu penting agar tiada pihak yang tercicir daripada mendapat bantuan kerajaan, sekali gus membantu mereka melaksanakan aktiviti dan kegiatan ke arah melahirkan lebih banyak Qari dan Qariah.

Advertisement
Dalam masa sama, beliau menyeru Jawatankuasa Masjid dan Surau agar mengambil inisiatif mewujudkan lebih banyak kelas mengaji dan menghafaz Al-Quran, serta berkolaborasi dengan madrasah dan pusat tahfiz agar ramai lagi anak-anak celik Al-Quran.

“Kita mahu lebih ramai Hafiz dan Hafizah serta Qari dan Qariah berkualiti dari Bahagian Tawau diketengahkan ke peringkat daerah, negeri dan mampu menjadi juara di peringkat kebangsaan, malah lebih tinggi lagi satu hari nanti,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau juga menggalakkan penglibatan anak-anak muda untuk mempertingkatkan pengajian dalam bidang agama sehingga terkenal di peringkat tinggi, sekali gus membolehkan daerah ini bukan hanya terkenal juara dalam bidang nyanyian tetapi juga sebagai Qari dan Qariah.

Adun Apas itu berkata demikian selepas merasmikan Majlis Hafazan dan Tilawah Al-Quran (MTHQ) peringkat Bahagian Tawau (Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tungku dan Kalabakan) di ruang legar Masjid Al-Kauthar di sini, pada Rabu.

Advertisement
Hadir sama, Adun Balung, Datuk Hamild Awang; Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Mohd Shoffian Mohd Said dan Pegawai Tadbir Agama Jheains Tawau, Kahar Sundu.

Menyentuh majlis itu, beliau berharap juara pertandingan yang bakal mewakili Zon Tawau akan membuat persiapan dan memperbaiki bacaan masing-masing agar mampu mendapat kedudukan lebih baik di peringkat negeri kelak.

Advertisement
Pada majlis itu, pasangan adik-beradik dari Semporna muncul johan bagi kategori Qari dan Qariah, sekali gus mewakili Bahagian Tawau ke pertandingan MTHQ peringkat negeri pada 13 hingga 16 Februari depan di Kota Kinabalu.

Mereka ialah Abdullah Abdul Wahid, 46, seorang guru di SK Tg Kapur dan adiknya, Norasmah Abdul Wahid, 20, yang ketika ini merupakan pelajar Institut Pengajian Islam dan Dakwah Sabah (IPDAS).

Ketika ditemui, Abdullah menyatakan beliau akan terus memperbaiki teknik bacaan dan mempersiapkan diri secara mental dan rohani untuk bersaing di peringkat negeri, manakala Norasmah menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah kepada keluarga dan guru-guru yang sentiasa menyokongnya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here