Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Lapan pendatang asing tanpa izin dipenjara
Published on: Friday, February 07, 2025
Published on: Fri, Feb 07, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
Lapan pendatang asing tanpa izin dipenjara
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa memperuntukkan hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Lapan individu dijatuhi hukuman penjara kerana memasuki negeri ini secara haram dan tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan.  

Mereka ialah Vinsensius Veri, Simon Petrus, Rickhy Abdullah, Joni, Agustinus Prabu, Santo, Herman Darius dan Batti Ambo, berusia antara 21 hingga 47 tahun.  

Advertisement
Kesemua mereka mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Hurman Hussain, atas pertuduhan terhadap mereka.  

Vinsensius dipenjara 12 bulan kerana tinggal melebihi tempoh di negeri ini selama setahun dua bulan selepas pas lawatan sosialnya tamat pada 10 November 2023.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sementara itu, Simon dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana tinggal di negeri ini selepas pas khasnya tamat pada 23 Disember 2024 dan dia tinggal melebihi tempoh selama sebulan.  

Kedua-duanya ditahan pada 24 Januari tahun ini di Kampung Sinulihan, Inanam dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen.  

Advertisement
Kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 itu membawa memperuntukkan hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.  

Sementara itu, enam lagi individu masing-masing dihukum penjara empat bulan kerana memasuki negeri ini tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.  

Advertisement
Mereka ditahan secara berasingan di Penampang dan Inanam pada Januari tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dalam operasi yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen.  

Semasa mitigasi, kesemua mereka merayu hukuman ringan dan mahu dihantar pulang ke negara asal mereka secepat mungkin serta memohon supaya hukuman penjara bermula dari tarikh mereka ditangkap.  

Kesemua mereka diperintahkan menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan.  

Selepas tamat hukuman, mereka diperintah dirujuk kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.  

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Gressia Yolanda Ismail Uvaraj, mengendalikan kes.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here