Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bot nelayan ditahan tarik pukat di kawasan tidak dibenarkan
Published on: Friday, February 07, 2025
Published on: Fri, Feb 07, 2025
By: Lagatah Toyos
Text Size:
Text:
Bot nelayan ditahan tarik pukat di kawasan tidak dibenarkan
Tiga warga Indonesia ditahan kerana disyaki menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan. (Gambar Maritim Malaysia)
TAWAU: Sebuah bot nelayan tempatan yang disyaki menangkap ikan dengan menarik pukat di kawasan jarak tidak dibenarkan, ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau sekitar jam 2.15 petang, pada Khamis.

Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, bot tersebut yang dijurangani seorang lelaki dan dua awak-awak warga Indonesia berumur di antara 30 hingga 45 tahun, ditahan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Sungai Umas Umas. 

Advertisement
Menurutnya, aktiviti mereka berjaya dikesan bot peronda Maritim Malaysia yang menjalankan Op Pluto Timur dan Op Tiris ketika sedang menjalankan aktiviti menarik pukat berhampiran kawasan daratan kira-kira 1.5 batu nautika barat daya Sungai Umas Umas.

"Pemeriksaan lanjut ke atas bot terbabit mendapati mereka disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menarik pukat pada jarak yang tidak dibenarkan. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
"Juragan, awak-awak, bot serta muatan hasil laut ditahan lalu diiring ke Jeti Zon Maritim Tawau dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Zon Maritim Tawau untuk siasatan lanjut,"katanya dalam kenyataan media, pada Jumaat.
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here