Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Aksi menarik dipamerkan pada Karnival Akar Umbi RYFC
Published on: Saturday, February 08, 2025
Published on: Sat, Feb 08, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Aksi menarik dipamerkan pada Karnival Akar Umbi RYFC
JUARA B-12, Kampungan FC dari Kota Marudu.
RANAU: Kejohanan Bola Sepak Karnival Akar Umbi RYFC 2025 anjuran Kelab RYFC Ranau telah berjaya dianjurkan dengan penuh semangat kesukanan daripada semua pemain dan pegawai.

Kejohanan yang berlangsung pada 1 dan 2 Februari itu menyaksikan 20 pasukan bersaing dalam tiga kategori umur iaitu Bawah 8 Tahun (B-8), Bawah 10 Tahun (B-10), dan Bawah 12 Tahun (B-12).

Advertisement
Kejohanan ini turut mendapat penyertaan pasukan dari luar daerah Ranau seperti Keningau, Kota Marudu, Kota Belud, Sandakan, Kota Kinabalu, Beaufort, dan Labuan, menjadikan ia platform terbaik untuk mengembangkan bakat muda bola sepak dari pelbagai kawasan.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Datuk Hj Junaidi Hj Sahat yang dalam ucapannya melahirkan rasa gembira dan sokongan penuh terhadap kejohanan seperti ini kerana bola sepak merupakan sukan kegemarannya sejak kecil.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau turut memuji Kelab RYFC atas kejayaan penganjurannya dan menggalakkan lebih banyak kejohanan sebegini untuk terus mengembangkan dan mencungkil bakat muda bukan sahaja di daerah Ranau malah di daerah lain.

Selain itu, Junaidi turut menegaskan kehadiran pasukan dari luar daerah ini memberi impak positif kepada ekonomi Ranau.

Advertisement
Walaupun cuaca buruk, beliau kagum dengan semangat juang pemain yang terus bermain sehingga tamat.

Pengerusi Penganjur Karnival Sylviana Viana Saiki atau lebih dikenali sebagai Coach Lady turut melahirkan rasa bangga dengan penyertaan pasukan dari luar Ranau.

Advertisement
“Karnival ini bukan sahaja mengembangkan bakat muda tetapi juga menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka seperti semangat kesukanan, kerjasama, dan disiplin,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus menjayakan karnival ini termasuk para penderma dan ibu bapa yang sentiasa menyokong anak-anak mereka dalam sukan bola sepak kerana mereka adalah tulang belakang kejayaan anak-anak.

“Karnival ini merupakan program pertama Kelab RYFC sejak penubuhannya pada November 2024. Ini bukanlah permulaan dan pastinya lebih banyak kejohanan dan karnival akan dianjurkan oleh kelab itu pada masa akan datang,” tambahnya.

Bagi kategori B-8, pasukan Kundasang FT telah menunjukkan kehebatan mereka di atas padang dengan memenangi kategori ini.

Pasukan KB Warrior A dari Kota Belud memberikan saingan sengit tetapi terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua, manakala tempat ketiga dimenangi Akademi Bola Sepak Fariz (FFA).

Pemain Kundasang FT berjaya muncul sebagai penjaring terbanyak dalam kategori ini, manakala pemain dari pasukan Ex-Paiwen (Ranau) diiktiraf sebagai pemain pertahanan terbaik. Pemain KB Warrior A dari Kota Belud juga berjaya membawa pulang gelaran pemain terbaik kategori ini.

Bagi kategori B-10, kehebatan pasukan Anak Badak dari Kota Kinabalu tidak dapat dinafikan apabila mereka dinobatkan sebagai juara.

Pasukan Superkids dari Beaufort menduduki tempat kedua, manakala Kundasang FT di tempat ketiga. 

Pemain dari pasukan Anak Badak muncul sebagai penjaring terbanyak, manakala pemain dari Kundasang FT diiktiraf sebagai pemain terbaik. Sementara itu, penjaga gol terbaik kategori ini diberikan kepada pemain dari pasukan Superkids.

Bagi kategori B-12 pula, pasukan Kampungan FC dari Kota Marudu membuktikan kehebatan mereka apabila merangkul kejuaraan.

Pasukan Talawa FC dari Kota Belud juga berjaya menduduki tempat kedua selepas saingan yang sengit.

Tempat ketiga menyaksikan pertarungan sengit antara Kinabalu United FT dan Sepadu FT dari Ranau, yang akhirnya menyaksikan Kinabalu United FT menang menerusi sepakan penalti.

Kampungan FC mempamerkan aksi cemerlang apabila bukan sahaja dinobatkan sebagai pemain terbaik malah penjaring terbanyak dalam kategori ini. Sementara itu, gelaran penjaga gol terbaik diberikan kepada pemain dari Talawa FC.

Selain itu, penghormatan istimewa turut diberikan kepada jurulatih Suzri daripada pasukan Sepadu FT, yang diiktiraf sebagai jurulatih terbaik sepanjang kejohanan.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi pentas bakat muda untuk menyerlah malah mengeratkan lagi hubungan antara pasukan dari pelbagai daerah.

Kejayaan acara ini diharap menjadi pemangkin kepada lebih banyak kejohanan pada masa akan datang, sekali gus menaikkan martabat bola sepak akar umbi di Sabah.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here