Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Banjir Keningau: Pasukan keselamatan ‘adiwira’ bertindak pantas selamatkan penduduk
Published on: Saturday, February 08, 2025
Published on: Sat, Feb 08, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Banjir Keningau: Pasukan keselamatan ‘adiwira’ bertindak pantas selamatkan penduduk
Kawasan terjejas banjir di Keningau termasuk Kampung Kauran, Kampung Kauran Greg, Kampung Patikang Ulu, Kampung Banjar, Kampung Bariawa Laut, Kampung Lingkudau Ulu, Kampung Lingkudau Ring, Taman Kok Lok, Taman Anggerik, Kampung Tamu Ground Keningau dan Jalan Pekan Keningau. - Foto APM Sabah
KENINGAU: Bagaikan ‘adiwira’. Demikian menurut penduduk terjejas banjir di daerah ini sebagai penghargaan kepada pasukan keselamatan khususnya Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat yang bertindak pantas membantu mereka.

Peniaga gerai makanan Safiah Datu Masnor, 48, berkata beliau bersama keluarga terpaksa meninggalkan rumah malam tadi selepas dimasuki air dan anggota APM telah memindahkan mereka dengan kadar pantas.

Advertisement
“Saya bersama suami dan tiga anak terkejut apabila air naik dengan cepat. Air mula masuk ke dalam rumah sekitar 8 malam dan dalam masa sejam sahaja telah mencapai paras lutut, bekalan elektrik pula terputus, nasib baik APM ada bantu kami berpindah cepat,” katanya.

Beliau dari Kampung Kauran Greg di sini berkata mereka hanya sempat menyelamatkan barangan berharga, dokumen penting dan beberapa helai pakaian manakala barangan perniagaan, perkakas elektik dan perabot terpaksa dibiarkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan seramai  69 orang daripada 17 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Koningau di sini iaitu sebahagian daripada 322 mangsa (82 keluarga) yang berlindung di PPS akibat banjir di Sabah setakat 4 petang, Khamis.

Kawasan terjejas banjir di Keningau termasuk Kampung Kauran, Kampung Kauran Greg, Kampung Patikang Ulu, Kampung Banjar, Kampung Bariawa Laut, Kampung Lingkudau Ulu, Kampung Lingkudau Ring, Taman Kok Lok, Taman Anggerik, Kampung Tamu Ground Keningau dan Jalan Pekan Keningau. 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here