Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Sebabkan kecederaan: Kontraktor dipenjara sehari, denda
Published on: Saturday, February 08, 2025
Published on: Sat, Feb 08, 2025
Text Size:
Text:
Sebabkan kecederaan: Kontraktor dipenjara sehari, denda
Kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.  
Kota Kinabalu: Seorang kontraktor berusia 28 tahun yang menyebabkan kecederaan ke atas seorang lelaki lain ketika berada di jalan raya dipenjara sehari dan denda RM1,000 atau penjara lapan minggu jika gagal membayar denda.

Majistret Dzul Helmy Yunus menjatuhkan hukuman itu terhadap Alvin Yap Vui Lun yang mengaku bersalah atas pertuduhan dihadapinya pada Jumaat.  

Advertisement
Yap didakwa menyebabkan kecederaan ke atas Christopher Lau, 43, jam 6.47 petang, 28 Disember 2024, di Batu 5 ½ Jalan Tuaran Bypass, Inanam.  

Kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semasa mitigasi, Yap yang tidak diwakili merayu hukuman ringan dan hanya hukuman denda dikenakan ke atasnya.  

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Bryan Francis meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira fakta kes, kecederaan yang dialami mangsa serta kepentingan awam.  

Advertisement
Mahkamah diberitahu bahawa ketika kejadian, mangsa sedang memandu kenderaannya sebelum sebuah kereta lain tiba-tiba memotong dan memberhentikan kenderaan mangsa.  

Apabila mangsa keluar dari kenderaannya, seorang lelaki yang kemudian dikenali sebagai Yap telah menyerangnya tanpa sebab.  

Advertisement
Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan pada bibir, sakit pada hidung serta perut kerana ditendang oleh Yap.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here