Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Baju Raya AI ‘Ultraman’ raih perhatian, pereka fesyen beri pandangan
Published on: Sunday, February 09, 2025
Published on: Sun, Feb 09, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Baju Raya AI ‘Ultraman’ raih perhatian, pereka fesyen beri pandangan
Kredit: @nabiu_rahman | TikTok
KUALA LUMPUR: Berbaki kurang sebulan sebelum umat Islam menyambut bulan puasa, media sosial mula dibanjiri “baju raya” dengan pelbagai rekaan, warna dan corak yang sinonim dengan masyarakat Melayu. 

Terselit di celah-celah rekaan asli itu, baju Melayu dan kurung dengan motif adiwira Ultraman yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @nabiu_rahman menarik perhatian netizen.

Advertisement
Menerima hampir 300,000 tanda suka ketika laporan ini ditulis, fesyen baju Melayu dan kurung pelbagai warna yang dijana menerusi kecerdasan buatan atau AI itu, nyata menghiburkan warga maya yang meninggalkan pelbagai komen termasuk berseloroh mahu membelinya.

“Pelik-pelik je baju raya sekarang, harga berapa yang purple tu?” ; “Tak ada beg kuning pun” ; “Ingatkan betu,l rupa-rupanya AI. Ingat nak suruh mak beli' " antara komen-komen lucu ditinggalkan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Di sebalik hantaran yang mungkin bersifat gurauan,  timbul juga pertanyaan sama ada fesyen sebegini berpotensi dijadikan realiti.

Pereka fesyen terkenal tanah air Hatta Dolmat berkata inovasi itu mungkin relevan bagi golongan yang mempunyai minat terhadap watak tersebut dan ingin menggemblengkan ciri-ciri berkenaan dalam rekaan pakaian demi kepuasan diri. 

Advertisement
“Pada Hatta tidak salah pun (rekaan AI) Ultraman tersebut sebab dah terbukti sebelum ini ada peminat kartun anime, peminat fesyen berinspirasikan pop culture ini menggabungkan elemen itu dalam rekaan baju raya sebab kita tidak boleh nak nafikan minat mereka dalam kartun-kartun seperti Ultraman atau Hello Kitty dan sebagainya.

“Identiti baju Melayu, dari segi sifat tradisional baju Melayu itu mungkin hilanglah sedikit,” katanya kepada Bernama, dan menambah berbaju Melayu namun lengkap bertopeng Ultraman adalah lebih ke arah keanak-anakan.

Advertisement
Pada masa sama, beliau juga percaya jika suntingan AI itu dijadikan realiti pada hari raya kelak, tidak musathil akan tercetus polemik.

"Semestinya akan ada individu memberi pandangan, apatah lagi hal ini berkaitan dengan perayaan yang cukup dekat di hati (orang Melayu) … Ada yang akan melihatnya sebagai satu inovasi dalam fesyen moden, tetapi ada juga yang berasakan ia boleh menghilangkan keunikan dan keaslian baju Melayu sebagai pakaian tradisional," katanya.

Meskipun begitu, beliau tidak melihat itu satu masalah besar bagi peminat tegar Ultraman yang tidak takut dengan kecaman. 

“Mungkin boleh suntik beberapa elemen lain (pada rekaan) tetapi jangan keterlaluan kerana boleh merosakkan identiti baju tradisional itu,” katanya yang menyifatkan perkongsian baju raya bermotif Ultraman itu sebagai sekadar menghangatkan kemeriahan Aidilfitri yang bakal disambut penghujung Mac ini selain menterjemahkan kreativiti mengggunakan teknologi AI.

Sementara itu, Salikin Sidek, 61, yang dikenali memperjuangkan aspek tradisional dalam setiap rekaan bajunya, berpendapat rekaan itu sebagai suatu idea yang kreatif dan luar kotak.

“Akan tetapi, bagi saya sendiri saya lebih suka klasik kontemporari,” katanya. 

Menjengah ke ruangan komen di akaun TikTok NabiuRahman yang menjadi pencetus idea trend baju Melayu tersebut, ada netizen yang gembira melihat rekaan itu kerana membawa mereka kembali ke zaman kanak-kanak, sementara yang lain pula mengecam dan menyifatkan perbuatan berkenaan sebagai mencemarkan identiti baju tradisional masyarakat Melayu.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here