Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Perkampungan Rumah SMJ pertama di Petagas
Published on: Sunday, February 09, 2025
Published on: Sun, Feb 09, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Perkampungan Rumah SMJ pertama di Petagas
AWANG (ketiga dari kanan) bersama Shahelmey (keempat dari kanan) menggaul “yee sang” pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Kawasan Petagas bakal memiliki sebuah perkampungan Rumah Sabah Maju Jaya (SMJ) dalam masa terdekat, sekali gus menjadikannya yang pertama di Sabah.

Adunnya, Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari berkata, perkampungan seluas dua hektar yang kini dalam proses pewartaan itu terletak di satu lokasi di Kampung Lokkawi Baru, di sini.

Advertisement
“Rizab-rizab kampung di kawasan ini boleh dikatakan penuh, maka saya mengambil inisiatif memohon tanah seluas dua hektar ini untuk bantu rakyat susah yang layak dapat Rumah SMJ ini, namun tidak mempunyai tapak atau tanah sendiri.

“Permohonan untuk tanah perkampungan Rumah SMJ ini sudah diluluskan dan dijangka akan dibuka tahun ini juga selepas semua proses berkaitan, khususnya pewartaan selesai,” katanya.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata demikian selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Putatan, di sini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir Shahelmy Yahya.

Advertisement
Mengulas lanjut, Awang yang juga Pengerusi Qhazanah Technologies berkata, ketiadaan tapak menjadi dilema kepada sebahagian besar penerima bantuan Rumah SMJ di kawasan ini.

Beliau juga yakin masalah sama turut berlaku di kawasan lain, justeru perkampungan baharu seumpama itu adalah jalan penyelesaian bagi memastikan matlamat bantuan Rumah SMJ tercapai.

Advertisement
“Ini adalah dilema yang dihadapi sebahagian besar penerima bantuan ini kerana tanah pun tidak ada, apatah lagi tapak untuk buat rumah, jadi bagaimana kita mahu bantu bina Rumah SMJ?.

“Melalui perkampungan ini, kita akan dapat bantu lebih ramai lagi golongan miskin supaya bantuan rumah SMJ ini mencapai matlamatnya dan beri manfaat tanpa ada halangan, khususnya di Petagas,” tegasnya.

Terdahulu, Awang turut menyampaikan angpow kepada golongan kurang bernasib baik, termasuk kanak-kanak, di majlis itu di Dataran Poh Moi, di sini.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here