Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
5,000 penduduk Pulau Berhala terima bekalan air bulan ini
Published on: Sunday, February 09, 2025
Published on: Sun, Feb 09, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
5,000 penduduk Pulau Berhala terima bekalan air bulan ini
Untuk rekod, Pulau Berhala yang terletak tidak jauh dari Bandar Sandakan dihuni ribuan penduduk yang ketika ini tidak mempunyai bekalan elektrik dan bekalan air terawat. 
SANDAKAN: Kira-kira 5,000 penduduk di Kampung Pulau Berhala bakal menikmati bekalan air terawat melalui Sistem Air Minuman Penapisan Nano Berkuasa Solar (Jetama Self-Powered & Mobile Drinking Water System) yang akan dipasang pada bulan ini. 

Menurut Pengerusi Jetama Water Sdn Bhd, Liau Fui Fui, berlaku sedikit kelewatan pemasangan mesin Sistem Air Minuman Penapisan Nano Berkuasa Solar tersebut ekoran kekangan logistik. 

Advertisement
“Mengikut pelan awal, kita sepatutnya memasang mesin Sistem Air Minuman Penapisan Nano Berkuasa Solar tersebut pada bulan Januari lalu. 

 “Namun, terdapat sedikit kekangan logistik yang tidak dapat dielakkan dan pemasangan tersebut hanya dapat dilaksanakan pada bulan ini,”katanya ketika ditemui media semasa majlis Sambutan Tahun Baharu Cina di Sabah Hotel pada malam Jumaat. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Liau berkata, dengan adanya sistem ini, penduduk kampung Pulau Berhala akan dapat menikmati air minuman yang berkualiti, sekaligus meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan mereka. 

Untuk rekod, Pulau Berhala yang terletak tidak jauh dari Bandar Sandakan ini dihuni ribuan penduduk yang ketika ini tidak mempunyai bekalan elektrik dan bekalan air terawat. 

Advertisement
Justeru, projek ini adalah satu usaha bersepadu untuk meningkatkan kualiti hidup penduduk tempatan dengan menyediakan akses kepada air minuman yang bersih dan selamat.

“Sistem air minuman penapisan nano berkuasa solar bernilai RM1.3 juta ini bukan sahaja menyediakan air minuman yang selamat dan bersih, tetapi juga mesra alam dan sesuai untuk digunakan di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai akses kepada bekalan elektrik.

Advertisement
“Ini merupakan antara usaha pihak kerajaan untuk menyediakan akses bekalan air terawat kepada penduduk terutamanya di pedalaman Sabah,” jelas Liau lagi. 

Beliau juga berharap penduduk Pulau Berhala dapat menikmati manfaatnya dalam tempoh yang panjang dan berterusan, sekaligus menyumbang kepada pembangunan yang lebih mampan dan inklusif.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here