Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pelanggan teruja ada Pos Shop
Published on: Sunday, February 09, 2025
Published on: Sun, Feb 09, 2025
By: Bernama
Text Size:
Text:
Pelanggan teruja ada Pos Shop
Charles dan Phoong pada majlis pelancaran.
Kota Kinabalu: Pelanggan yang berurusan di kaunter pos di sini teruja apabila premis itu kini mempunyai kedai serbaneka menjual makanan dan minuman sedia untuk dimakan yang membolehkan mereka membeli sementara menanti giliran masing-masing.

Penjawat awam Rohana Karim, 39, berkata pembukaan Pos Shop itu sedikit sebanyak dapat menghilangkan perasaan bosan ketika menunggu giliran kerana boleh membeli minuman mahupun makanan tanpa perlu keluar dari pejabat pos.

Advertisement
Berasal dari daerah Tuaran, beliau yang tiba seawal pagi hari ini untuk berurusan di kaunter amat teruja apabila melihat kelainan yang terdapat di pejabat pos itu berbanding sebelum ini.

“Saya terasa ‘wow’ sebab sementara menunggu nombor giliran, saya boleh datang ke sana untuk membeli minuman dan makanan,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat Pos di sini, Jumaat.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Pos Malaysia Berhad pada Jumaat melancarkan Pos Shop yang pertama di Sabah, yang disempurnakan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan negeri Datuk Phoong Jin Zhe mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad Charles Brewer.

Pekerja swasta Masri Tahir, 55, berkata pembukaan Pos Shop itu membolehkan pelanggan untuk membeli makanan yang terdiri daripada kuih dan minuman sejuk sebelum ke kaunter.

Advertisement
Beliau berkata usaha itu turut memberi keselesaan kepada pelanggan yang mempunyai pelbagai urusan penting dan memerlukan tempoh yang lama, mereka tidak lagi tergesa-gesa untuk keluar semata-mata mahu membeli minuman. 

Mohd Tahir Suhod, 64, pula berkata pembukaan Pos Shop itu adalah langkah ke depan pihak Pos Malaysia untuk memberi keselesaan kepada pelanggan kerana dapat menunggu sambil bersantai-santai.
Advertisement
 
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here