Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Bantuan terus disalurkan kepada mangsa banjir – Bung
Published on: Monday, February 10, 2025
Published on: Mon, Feb 10, 2025
By: Winnie Kasmir
Text Size:
Text:
Bantuan terus disalurkan kepada mangsa banjir – Bung
BUNG menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
KINABATANGAN: Bantuan akan terus disalurkan kepada mangsa terjejas banjir di daerah Kinabatangan kata Ahli Parlimennya, Datuk Bung Moktar Radin. 

Terdahulu pada Jumaat, Bung mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Kinabatangan bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi banjir yang melanda daerah ini.

Advertisement
Ketibaan Bung disambut oleh Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Ravi A/l Duraisamy bersama ketua-ketua agensi tindak balas kecemasan daerah. 

Beliau telah diberikan talimat operasi banjir oleh Kapt (PA) Ahmad Roslan Mohd Kamel dan menyerahkan sumbangan peribadi kepada PKOB bagi membantu usaha pengurusan bencana di daerah tersebut.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Seterusnya, saya melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di SK Bukit Garam dan berkesempatan beramah mesra dengan mangsa banjir yang ditempatkan di sana. 

“Dalam lawatan ini, saya turut menyampaikan sumbangan kepada mangsa sebagai tanda keprihatinan terhadap kesusahan yang mereka alami.

Advertisement
“Selain itu, saya juga turun padang meninjau sendiri perkembangan banjir di kawasan Pangkalan dan Kampung Muhibbah, sebelum bergerak ke Kampung Mengaris, Sukau, bagi melihat keadaan banjir di kawasan tersebut,” katanya. 

Sementara itu, Bung menyeru semua pihak agar terus bekerjasama dalam memastikan keselamatan dan kebajikan mangsa terpelihara.

Advertisement
Justeru, beliau turut menasihati penduduk Kinabatangan untuk mengambil langkah awal dan mematuhi arahan pihak berkuasa terutamanya melibatkan perpindahan sekiranya perlu dilakukan.

Untuk rekod, dua PPS telah dibuka di daerah Kinabatangan dimana sebanyak 174 mangsa banjir ditempatkan di PPS SK Bukit Garam manakala 94 lagi di PPS SK Sukau.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here