Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Tanah runtuh: Penduduk diarah pindah segera
Published on: Monday, February 10, 2025
Published on: Mon, Feb 10, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Tanah runtuh: Penduduk diarah pindah segera
TANAH runtuh berhampiran pejabat KPD Mesilau pada Sabtu.
RANAU: Penduduk sekitar Pejabat KPD Kg Mesilau Kundasang diarah berpindah serta-merta selepas kejadian tanah runtuh di sini pada Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang.

Advertisement
“Panggilan diterima pada pukul 2.09 petang melalui Talian Stesen mengenai kejadian itu, dan sekumpulan tiga anggota diketuai Komander Operasi PBK II Mastin Suli bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi terletak 25 kilometer dari Balai Bomba Ranau, kita dapati berlaku kejadian tanah runtuh membabitkan pejabat KPD di kawasan itu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mujur tiada kecederaan dilaporkan dan tiada mangsa terlibat ketika kejadian,” katanya.

Menurut Ridwan, tindakan Bomba membuat pemantauan, memasang penghadang dan seterusnya menasihati penduduk di sekitar supaya berpindah ke tempat selamat.

Advertisement
Katanya, selepas memastikan tiada bahaya lain di lokasi, operasi ditamatkan pada jam 3.25 petang.

Beliau menggesa penduduk di sini supaya sentiasa berwaspada selagi cuaca tidak stabil kerana, daripada apa yang dipelajari dalam bencana sebelum ini, keadaan boleh berubah dalam masa beberapa minit.

Advertisement
Beliau turut menasihatkan penduduk kampung di sini supaya tidak teragak-agak dan menghubungi Bomba Ranau 24 jam di talian 088-878779 atau mendail talian kecemasan 999 dengan segera sekiranya berlaku keretakan atau tanah runtuh lagi.

“Simpan dokumen penting di satu tempat (supaya) senang dibawa keluar sekiranya berlaku kecemasan, juga segera keluar rumah dan pergi ke tempat lebih selamat jika kejadian serupa berlaku pada masa hadapan,” katanya.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here