Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar agih 1,000 beg guna semula
Published on: Monday, February 10, 2025
Published on: Mon, Feb 10, 2025
Text Size:
Text:
Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar agih 1,000 beg guna semula
LIEW (kanan) menyerahkan 500 beg guna semula kepada Wilson (tengah), sambil diperhatikan oleh Lai (kiri).
SANDAKAN: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) mengagihkan 1,000 beg guna semula untuk kegunaan orang awam di sini dan di daerah Kinabatangan semasa Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog Lembaga Pelancongan Sabah (STB) bersama Industri Pelancongan Sandakan yang diadakan di Hotel Sabah.  

Sebanyak 500 beg masing-masing diserahkan oleh Menteri KePKAS, Datuk Seri Christina Liew kepada Timbalan Presiden 1 Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Wilson @ Terence Thomas dan Penolong Pegawai Daerah Kinabatangan (Pembangunan), Mohammad Halidun Salleh, dengan disaksikan oleh Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Josie Lai.  

Advertisement
Liew berkata, inisiatif yang dijalankan oleh KePKAS dengan kerjasama agensinya, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS), adalah sebahagian daripada usaha Kementerian untuk menyokong langkah Kerajaan dalam mengurangkan penggunaan plastik sekali guna.  

“Kempen ini bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mengurangkan penggunaan beg plastik sekali guna di Sabah serta mempromosikan penggunaan beg guna semula ketika membeli-belah.  

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Ia adalah salah satu usaha Kerajaan untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh penggunaan dan pembuangan plastik sekali guna,” jelasnya.  

Sementara itu, dalam pembentangannya semasa Majlis Makan Malam dan Sesi Dialog, Pengurus Kanan Pemasaran STB, Josephine Chai, mendedahkan Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok merupakan destinasi pelancongan paling banyak dikunjungi oleh pelawat tempatan dan pelancong dalam tempoh pasca pandemik sehingga 2024.  

Advertisement
“Daripada 89,471 pelawat pada 2022, jumlah tersebut meningkat kepada 134,958 pada tahun berikutnya (2023) dan seterusnya kepada 136,225 tahun lalu,” katanya. Ini diikuti oleh Pusat Pemuliharaan Beruang Matahari Borneo yang mencatatkan 78,963 pelawat pada tahun 2024 berbanding 75,220 pelawat pada tahun sebelumnya, menurut Chai.  

Turut hadir ialah Timbalan Setiausaha Tetap 1 KePKAS, Mary Malangking; Pengarah Taman-Taman Sabah, Dr Maklarin Lakim; Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar; Pengerusi Responsible Elephant Conservation Trust (Respect), Alexander Yee Kok Tsen; dan Presiden Persatuan Pelancongan Sandakan, Teo Chee Kim.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here