Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Tiga warga Filipina ditahan cuba seludup keluar barang kawalan di Kudat
Published on: Monday, February 10, 2025
Published on: Mon, Feb 10, 2025
By: Patimang Abdul Ghani
Text Size:
Text:
Tiga warga Filipina ditahan cuba seludup keluar barang kawalan di Kudat
Tiga suspek warga Filipina yang ditahan. (Foto: Maritim Malaysia)
KUDAT: Cubaan tiga warga Filipina menyeludup keluar barang kawalan dari perairan negara digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat di perairan Kudat, awal pagi pada Ahad.

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat risikan Unit Perisikan Zon Maritim Kudat yang mengesan aktiviti pemunggahan minyak dan barang kawalan di sekitar perairan tersebut sekitar jam 12.13 tengah malam. 

Advertisement
Hasbullah berkata, bertindak atas maklumat tersebut, aset rondaan Maritim Malaysia segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan pemantauan. 

"Setibanya di lokasi berkenaan, sebuah bot mencurigakan dikesan berada di kedudukan kira-kira 4.2 batu nautika timur laut Pulau Tiga dan dipercayai sedang menuju ke perairan sempadan Malaysia-Filipina. 

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Beliau berkata, pihaknya segera bertindak memintas bot berkenaan lalu melakukan pemeriksaan, dan mendapati bot itu membawa enam tong berwarna biru berisi minyak petrol, 100 pek tepung gandum, dan 120 pek gula yang dipercayai untuk diseludup keluar. 
* Read full report in tomorrow's print paper or log in or sign up for e-paper and premium online news access.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here