Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Pasukan Polis Marin gagalkan aktiviti seludup di Semporna
Published on: Tuesday, February 11, 2025
Published on: Tue, Feb 11, 2025
By: Azmie Lim
Text Size:
Text:
Pasukan Polis Marin gagalkan aktiviti seludup di Semporna
ROKOK yang dipercayai diseludup masuk dari negara jiran yang dirampas.
SEMPORNA: Pasukan Polis Marin (PPM) di sini menggagalkan cubaan menyeludup masuk rokok seludup dianggarkan bernilai RM15,600 dipercayai dibawa masuk melalui perairan Perairan Sebangkat.

Komander Wilayah Empat Sabah, ACP Nazri Ibrahim berkata, rampasan dibuat pada Sabtu apabila pasukan Marin ternampak bot mencurigakan kira-kira jam 10 malam.

Advertisement
Beliau berkata, usaha mengejar bot berkenaan gagal kerana bot pam itu melarikan diri ke kawasan cetek dan tekong bot telah membuang beberapa guni.

“Setelah diperiksa, pasukan itu menemui rokok dipercayai dengan cukai tidak dibayar, disyaki diseludup masuk dari negara jiran.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Rampasan 65 karton rokok jenama King Phillip dianggarkan bernilai RM15,600,” katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, PPM mengalu-alukan sebarang maklumat daripada orang awam dalam usaha membendung kegiatan tersebut.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here