Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
KPDN gesa premis niaga terima cara bayar guna MyKad
Published on: Tuesday, February 11, 2025
Published on: Tue, Feb 11, 2025
By: Mohd Nazllie Zainul
Text Size:
Text:
KPDN gesa premis niaga terima cara bayar guna MyKad
ARMIZAN tunjuk cara bayar guna MyKad di pasar raya Bataras, ITCC.
PENAMPANG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali menggesa lebih banyak premis perniagaan serta pasar raya mengaplikasikan penerimaan pembayaran menggunakan sistem Mykad.

Armizan berkata, pendekatan seumpama itu dilihat lebih memudahkan rakyat memanfaatkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (Sara) yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima.

Advertisement
“Seperti dimaklumkan Kementerian Kewangan baru-baru ini, pelaksanaan program Sara akan diperluaskan menggunakan sistem sama ke Sabah dan Sarawak bermula tahun ini. 

“Kalau sebelum ini pelaksanaan di dua negeri berkenaan diberikan melalui tunai dan adakalanya tempoh pemberian itu mengambil masa berbulan untuk disampaikan secara tunai kepada penerima.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Bagaimanapun, bermula tahun ini kerajaan melibatkan pasar raya dan premis perniagaan lain di Sabah dan Sarawak yang membolehkan sumbangan berkenaan digunakan menerusi pembayaran sistem MyKad. 

“Pengguna boleh datang ke pasar raya dengan hanya membawa MyKad masing-masing untuk membuat pembayaran selain boleh menyemak baki sumbangan. Oleh itu, kita lihat kaedah ini lebih mudah untuk pengguna,” katanya.

Advertisement
Armizan berkata demikian sewaktu ditemui media sejurus menyempurnakan Program Jualan Rahmah Madani (PJRM) Back to School 2025 sempena musim cuti persekolahan di pusat beli-belah ITCC, dekat sini, pada Ahad.

Turut hadir Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Sabah, Shahril Nizam Shahidan.

Advertisement
Dalam pada itu, Armizan menyatakan kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi tahun 2025 untuk inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sara dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here