Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Mengekalkan perpaduan, keharmonian penting: YB
Published on: Tuesday, February 11, 2025
Published on: Tue, Feb 11, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Mengekalkan perpaduan, keharmonian penting: YB
JONATHAN (tengah) dan yang lain pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina.
RANAU: Rakyat di sini diseru agar tidak menjadikan perbezaan kaum, agama dan ideologi politik sebagai penghalang dalam mewujudkan keharmonian dan persaudaraan sesama mereka.

Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, berkata rakyat Sabah khususnya di Ranau perlu mengekalkan semangat perpaduan yang diwarisi sejak sekian lama dan sudah menjadi budaya penduduk setempat.

Advertisement
Beliau berkata perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Pesta Kaamatan, Hari Raya, Krismas dan lain-lain perlu menjadi asas untuk memupuk perpaduan, keharmonian dan persaudaraan yang berkekalan dalam kalangan rakyat.

Beliau merakamkan rasa terima kasih kepada penduduk daerah Ranau khususnya penduduk Kg Sinarut Baru yang walaupun berbeza agama, bangsa dan fahaman politik, namun tetap harmoni dan mengekalkan ukhuwah.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Inilah yang kita mahu kekalkan selama-lamanya, sentiasa harmoni dan bertolak ansur tanpa mengira usia dan latar belakang,” kata Jonathan sambil menggesa rakyat Sabah dan Sarawak untuk terus mengekalkan budaya harmoni dan mengelakkan ketidakharmonian seperti yang terdapat di beberapa tempat di negara ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Kelab Prihatin, Kelab Harapan dan Pejabat Parlimen Ranau yang diadakan di Dewan Mini Kg Sinarut Baru baru-baru ini.

Advertisement
Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan Tarian Singa daripada empat kumpulan Tarian Singa iaitu daripada Tarian Singa Peranakan, Ranau, Chun Cho Kong Ranau dan Tarian Singa Kinabalu Ranau.

Jonathan turut mengumumkan sumbangan RM20,000 kepada Persatuan Peranakan Cina Ranau.

Advertisement
Katanya, sebahagian tanah perkuburan di Kg Sinarut Baru akan dijadikan tanah perkuburan Cina Peranakan memandangkan terdapat empat keluarga Cina Peranakan di Kg Sinarut Baru yang nenek moyang mereka disemadikan di tanah perkuburan kampung itu.

“Kami akan mengusahakan pewartaan tanah perkuburan itu dalam masa terdekat,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah calon Adun Datuk Amisah Yassin, Pengerusi Pengelola yang juga Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Ranau Pehing Chong, isteri Datuk Jonathan, Datin Helena Masry, ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here