Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
25 pendatang tanpa izin dipenjara empat bulan
Published on: Tuesday, February 11, 2025
Published on: Tue, Feb 11, 2025
By: Cynthia D Baga
Text Size:
Text:
25 pendatang tanpa izin dipenjara empat bulan
Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.
Kota Kinabalu: Dua puluh lima orang masing-masing dipenjara empat bulan kerana memasuki negeri ini secara haram.

25, terdiri daripada warga Indonesia dan Filipina, mengaku bersalah secara berasingan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Hurman Hussain.

Advertisement
PATI itu ditahan secara berasingan di Keningau, Papar, Menumbok, Kudat, Beaufort dan Sipitang pada Januari tahun ini selepas gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri semasa operasi dijalankan Jabatan Imigresen.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen, 1959/63 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM10,000, jika sabit kesalahan.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Semasa mitigasi, semua PTI meminta diringankan dan dikembalikan ke kampung halaman mereka secepat mungkin serta hukuman dijalani dari tarikh mereka ditangkap.

Kesemua mereka diperintahkan menjalani hukuman penjara dari tarikh mereka ditangkap.

Advertisement
Sementara itu, tiga orang masing-masing dipenjara 12 bulan kerana tinggal lebih masa di negeri ini selama 12 dan 14 tahun selepas dokumen mereka tamat tempoh.

Ketiga-tiga mereka ditahan di Keningau dalam operasi yang dijalankan di kawasan Keningau, baru-baru ini.

Advertisement
Siasatan mendapati pas lawatan sosial ketiga-tiga mereka telah tamat tempoh sekian lama tetapi mereka masih tinggal di negeri ini.

Kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 membawa hukuman denda sekurang-kurangnya RM10,000, atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Selepas tamat hukuman penjara, pendatang tanpa izin dan ketiga-tiga mereka diarah dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Pendakwaan kes itu dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen Aizah Mimin.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here