Wed, 10 Jun 2026
Headlines:
Pendaki warga emas maut
Published on: Tuesday, February 11, 2025
Published on: Tue, Feb 11, 2025
By: Clarence Dol
Text Size:
Text:
Pendaki warga emas maut
RANAU: Seorang pendaki warga emas tempatan berusia 65 tahun maut ketika mendaki Gunung Kinabalu pada petang Ahad.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ranau, PPgB Ridwan Mohd Taib berkata, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di Kilometer 5.5 Gunung Kinabalu.

Advertisement
“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.11 petang dan sepasukan enam pegawai serta anggota diketuai Komander Operasi PBB Saudin @ Roland Sopain, termasuk Pasukan Mencari dan Menyelamat Gunung (MoSAR), selain renjer gunung dan anggota ParkSAR bergegas ke lokasi kejadian.

“Apabila pasukan kami tiba di lokasi yang terletak 1 kilometer dari pos MoSAR, kami mendapati seorang pendaki lelaki pengsan dan tidak sedarkan diri ketika turun dari puncak Gunung Kinabalu.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Mangsa kemudian dibawa turun menggunakan pengusung Robinson ke Pintu Timpohon, di mana dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Menurut Ridwan, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, dan operasi ditamatkan pada jam 8.03 malam.

Advertisement
Menurut Ridwan, kes pada Ahad menjadi kes kedua bagi Februari tahun ini, dan ke-6 bagi 2025. Pada Januari, empat pendaki mengalami pelbagai kecederaan ketika mendaki Gunung Kinabalu.

Beliau mengulangi nasihatnya kepada semua bakal pendaki supaya membuat penilaian serius terhadap kesihatan mereka sebelum mendaki.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here