Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Remaja perempuan ditemukan lemas 
Published on: Tuesday, February 11, 2025
Published on: Tue, Feb 11, 2025
By: R Gonzales
Text Size:
Text:
Remaja perempuan ditemukan lemas 
MAYAT remaja itu ditemui penduduk bersama pasukan penyelamat.
KOTA BELUD: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan lemas di Sungai Kadamaian berhampiran sempadan Kampung Pirasan dan Kampung Piasau, petang Isnin.

Mayat Khairunnisa Ann Kembarudin ditemui oleh penduduk kampung bersama pasukan penyelamat pada jam 3.54 petang hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), kira-kira 3.5 kilometer dari lokasi dilaporkan hilang.

Advertisement
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Kota Belud, Muhammad Syazwan Latun berkata, mangsa dibawa ke Hospital Kota Belud untuk tindakan lanjut. 

“Pasukan bomba yang dibantu Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) BBP Kota Marudu menggunakan kaedah selam, permukaan air dan teknik wave (bot) di kawasan sungai.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Operasi SAR juga dijalankan dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta penduduk kampung di kawasan tepi sungai,” katanya.

Menurut Muhammad Syazwan, operasi ditamatkan pada jam 5 petang.

Advertisement
Terdahulu, mangsa dikhuatiri lemas pada jam 3.55 petang Ahad ketika mandi bersama keluarga di Sungai Kadamaian berhampiran sempadan Kampung Pirasan dan Kampung Piasau.

Difahamkan juga, mereka yang menetap di Nabawan itu pulang ke Kampung Pirasan dan kejadian berlaku selepas mangsa sekeluarga menziarahi pusara arwah ayahnya.

Advertisement
Dalam operasi terbabit, sebanyak lapan anggota bomba, termasuk Pegawai Bomba Bantuan (PBB) dari BBP Kota Belud, lima anggota unit PPDA BBP Kota Marudu dikerah ke lokasi dengan satu jentera, satu bot, satu pacuan empat roda jenis Toyota Vigo, satu lori dan satu kenderan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here