Sun, 14 Jun 2026
Headlines:
Peranan bersama dalam kemajuan, perpaduan
Published on: Tuesday, February 11, 2025
Published on: Tue, Feb 11, 2025
Text Size:
Text:
Peranan bersama dalam kemajuan, perpaduan
EWON dan pemimpin lain semasa sambutan tersebut.
PENAMPANG: Semua etnik di Malaysia mempunyai peranan bersama dalam membangunkan kemajuan negara serta memastikan toleransi dan perpaduan antara kaum.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang menjadi asas penubuhan negara Malaysia, ditandatangani oleh pemimpin daripada pelbagai etnik di negara ini pada 1963.

Advertisement
“Pemimpin masyarakat Cina juga menandatangani Perjanjian Malaysia (MA63). Justeru peranan dan tanggungjawab masyarakat Cina sangat besar dalam pembangunan kemajuan negara, khususnya dalam sektor ekonomi dan keusahawanan negara.

“Sebagai negara yang mempunyai rakyat berbilang etnik, kita harus saling melengkapi dan berkerjasama untuk memastikan toleransi, perpaduan dan keharmonian agar kita dapat memberi fokus sebenar dalam membangunkan kemajuan negara,” kata Ewon apabila merasmikan sambutan Pesta Tahun Baharu Cina anjuran gabungan Kapitan-Kapitan Cina daerah Penampang di sini, Ahad.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
Ewon, yang juga Ahli Parlimen Penampang, mengalu-alukan inisiatif itu, yang pertama kali dianjurkan oleh Kapitan-Kapitan Cina Penampang dan telah memberikan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk menjayakan sambutan tersebut.

Ewon turut menyatakan pelbagai inisiatif dilaksanakan di Penampang sejak beliau dipilih menjadi Ahli Parlimen pada November 2022. 

Advertisement
“Sebaik dipilih menjadi Ahli Parlimen Penampang, saya telah bangunkan Pelan Induk Pembangunan Penampang dengan kerjasama Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah yang dilancarkan pada Disember 2023. Pelan ini akan menjadi input kita dari Penampang untuk Rancangan Malaysia Ketigabelas (RMK13) 2026-2030.

“Selain bersiapsiaga untuk RMK13, kita juga perlu pastikan pelaksanaan beberapa projek belum mula, projek lewat dan projek sakit di Sabah, termasuk di Penampang, antaranya projek tebatan banjir yang telah diberikan lanjutan tempoh beberapa kali.

Advertisement
“Di Donggongon, projek tebatan banjir kini sedang rancak dibuat iaitu pendalaman dan pelebaran parit Donggongon yang tertangguh kerana kelewatan pemindahan utiliti di sepanjang laluan parit utama ini. Kerja-kerja ini hanya berlaku semula pada hujung 2023 selepas kita memberi fokus besar melalui mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Daerah Penampang.

“Selaku Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, kita juga membawa perkhidmatan baru ke Penampang melalui agensi-agensi antaranya pembukaan pejabat cawangan Tekun, penambahbaikan Bank Rakyat, pembangunan Studio Tekun TikTok Shop, premis Tamu Desa dan Hab PMKS, selain daripada pembiayaan kepada usahawan dan koperasi,” katanya.

Ewon berharap rakyat pelbagai etnik di Penampang terus bekerjasama dengan agensi dan jabatan kerajaan dalam memastikan projek pembangunan dapat dijayakan.

“Saya yakin masyarakat Cina di Penampang akan terus memainkan peranan penting dalam pembangunan daerah ini bersama-sama dengan masyarakat etnik yang lain. Saya akan terus menyokong semua inisiatif rakyat yang baik, termasuk cadangan oleh Kapitan-Kapitan Cina Penampang untuk mengadakan sambutan ini setiap tahun,” katanya.

Turut hadir Adun Kapayan Jannie Lasimbang dan Presiden Majlis Perbandaran Penampang Francis Chong.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here