Fri, 12 Jun 2026
Headlines:
Bantuan bakul makanan untuk mangsa banjir di Lumadan, Kinabatangan
Published on: Wednesday, February 12, 2025
Published on: Wed, Feb 12, 2025
By: Iskandar Dzulkifli, Mardinah Jikur
Text Size:
Text:
Bantuan bakul makanan untuk mangsa banjir di Lumadan, Kinabatangan
RUSLAN (tengah) menyaksikan penyerahan bantuan bakul makanan SKM oleh Ahmad (lima dari kiri) kepada salah seorang ahli koperasi yang terjejas akibat banjir, di majlis itu.
BEAUFORT: Sebanyak 3,500 bakul makanan disalurkan kerajaan negeri telah diagihkan kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan yang terjejas akibat banjir.

Adunnya, Datuk Ruslan Muharam berkata, penduduk di 50 buah kampung dalam Zon Gadong telah terperangkap ekoran jalan raya utama terputus akibat banjir yang berlaku sejak lima hari lalu.

Advertisement
Katanya, ia melibatkan laluan utama berdekatan Kampung Bentuka yang ditenggelami air menyebabkan penduduk terbabit tidak dapat keluar ke pekan membeli keperluan barangan makanan.

“Selain Zon Gadong, bantuan sama juga diagihkan kepada penduduk di 10 buah kampung di Zon Weston yang turut menerima nasib sama dan kita akan pastikan bantuan berterusan sehingga banjir reda.

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Saya juga mohon maaf jika agihan bantuan ini sedikit lewat kerana menyediakan barangan dapur dalam kuantiti banyak untuk tempoh singkat, perlukan sedikit masa,” katanya pada Majlis Penyerahan Bantuan Bakul Makanan sumbangan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di Pejabat Koperasi Bersatu Kampung Suasa Berhad, di sini, Selasa.

SKM diwakili pengerusinya, Datuk Ahmad Norihan Jalal menyampaikan sebanyak 50 bakul makanan untuk diagihkan kepada ahli-ahli koperasi yang terjejas akibat banjir di kawasan itu.

Advertisement
Sementara itu, Ahmad berkata, pihaknya setakat ini telah mengagihkan 1,300 bantuan sama kepada ahli-ahli koperasi yang terjejas di beberapa daerah di Sabah yang dilanda banjir, baru-baru ini.

“Selain Beaufort, bantuan ini turut kita salurkan kepada ahli koperasi yang terjejas banjir di Penampang termasuk di Dun Kadamaian dan kita juga akan lihat keperluan sama di daerah lainnya nanti.

Advertisement
“Bantuan ini dilaksanakan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) SKM di bawah Gerakan Koperasi Prihatin Insan Madani Kepada Mangsa Pasca Banjir Sabah,” katanya.

Terdahulu, Ruslan dan Ahmad serta rombongan turut meninjau situasi banjir di beberapa kampung yang teruk terjejas teruk untuk agihan bantuan bakul makanan kepada penduduk terjejas.   

Sementara itu, di KINABATANGAN, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah di sini pada Isnin menjalankan operasi bantuan makanan untuk penduduk Kampung Bilit di Sukau.  

Penduduk terperangkap sejak Ahad selepas laluan utama ke kampung mereka ditenggelami air banjir.  

Jurucakap PKOB berkata, kenaikan mendadak paras air Sungai Kinabatangan telah menjejaskan 103 rumah di kampung berkenaan.  

Penghantaran bekalan makanan dijalankan oleh agensi penyelamat termasuk Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Majlis Daerah Kinabatangan.  

Laluan ke kampung itu masih ditutup kepada kenderaan kecil setakat jam 1 petang Isnin.  
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here