Sat, 13 Jun 2026
Headlines:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi fokus perkasa BI dan AI tahun ini
Published on: Wednesday, February 12, 2025
Published on: Wed, Feb 12, 2025
By: Iskandar Dzulkifli
Text Size:
Text:
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi fokus perkasa BI dan AI tahun ini
ARIFFIN (belakang, tujuh dari kanan) dan barisan tetamu kehormat bersama pengamal media yang diraikan pada majlis itu.
Kota Kinabalu: Pemerkasaan bidang Bahasa Inggeris (BI) dan Kecerdasan Buatan (AI) menjadi antara fokus Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) tahun ini.

Menterinya, Datuk Dr. Ariffin Arif berkata, pembangunan kedua-dua bidang itu akan melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah termasuk mahasiswa pengajian tinggi.

Advertisement
Katanya, pihaknya akan mendapatkan nasihat pakar dalam kedua-dua bidang bagi mewujudkan satu pelan strategik yang memenuhi keperluan di Sabah.

“Bagi BI, saya akan mengundang tokoh-tokoh BI hujung bulan ini untuk dapatkan nasihat, termasuk tenaga pakar dari Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

SPONSORED CONTENT
Cosmobeauté Malaysia and beautyexpo will expand into East Malaysia with the launch of the Cosmobeauté Malaysia Borneo Festival 2026 at the Sabah International Convention Centre (SICC) from May 25 to 26.
“Tidak ketinggalan pakar dari Universiti Institut Teknologi Mara (UITM) dan Institut Kajian Pembangunan Sabah (IDS) bagi mendapatkan input untuk memperkasa BI berdasarkan acuan Sabah.

“Perincian mengenainya akan saya dapatkan sebaik semua usaha yang dinyatakan tadi, selesai,” katanya ketika ditemui di Majlis Amanat Menteri KSTI, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Selasa.

Advertisement
Hadir sama Pembantu Menteri KSTI, Datuk Harun Durabi; Setiausaha Tetap KSTI, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim; Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan Timbalan Yang Di Pertua Muis, Datuk Malai Ali Malai Ahmad.

 Dalam perkembangan sama, Ariffin yang juga Exco Pendidikan memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan kumpulan pakar dari UMS bagi pembangunan bidang AI di Sabah.

Advertisement
Katanya, pihaknya komited mahu menjadikan wilayah ini sebagai Pusat AI kerana Sabah mempunyai potensi besar dari segi pelaksanaan sekaligus mampu memperkasa bidang tersebut.

“Saya sudah mendapat taklimat daripada kumpulan pakar pembangunan AI dari UMS yang sebelum ini, khidmat kepakaran mereka turut dilaksanakan di beberapa negeri lain.

“Hasil pembentangannya, kita akan fokus aspek keistimewaan Sabah seperti produk-produk, alam semulajadi, budaya dan sebagainya untuk menjadi antara landasan kita memperkasa AI.

“Untuk peringkat awal ini, kita akan adakan Pemeteraian Persefahaman (MoU) dengan UMS dan selepas itu, kita akan wujudkan (jawatan kuasa) Majlis AI Negeri Sabah,” katanya. 

Selain BI dan AI katanya, bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) serta Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) juga akan diperkasa tahun ini.

Terdahulu, Ariffin turut menyampaikan sijil penghargaan kepada wartawan daripada beberapa agensi media di atas komitmen mengangkat peranan KSTI dalam pembangunan modal insan di negeri ini

Pada majlis sama, beliau juga menyampaikan bantuan Bisbah kepada 628 buah sekolah dan masing-masing bantuan Bagus serta Suskes kepada 1,500 sekolah termasuk bantuan Baik kepada mahasiswa.
* Follow us on our official WhatsApp channel and Telegram for breaking news alerts and key updates!

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
Advertisement
Share this story
Advertisement
Advertisement
Follow Us  
           
Daily Express News  
© Copyright 2026 Sabah Publishing House Sdn. Bhd. (Co. No. 35782-P)
close
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here
Try 1 month for RM 18.00
open
Try 1 month for RM 18.00
Already a subscriber? Login here